#Cerita #Hafazan
Dah masuk 2 minggu follow kelas hafazan Ustazah @Sharifah Zahidah.
Masa mula daftar memang tak fikir panjang. Tak tahulah boleh bawak ke tak. Cuba-cuba je join sebab nampak menarik. Rasa nak cuba cabar diri pun ye. Takde letak apa2 expectation.. nak tengok dulu kelas pertama macam mana, how it goes then baru decide.
Masa kelas pengenalan tak sempat join. Baca mesej agak lewat, kelas pun dah start, sibuk pulak dengan keluarga. Fikir dalam hati, takpelah tunggu kelas pertama nanti.
Kelas nya adalah pukul 5am-6am setiap hari Jumaat. Saspen juga.. boleh ke bangun ni? Sempat ke masuk ni? Macam mana flow kelas ni? Semua peserta dah banyak hafaz ke? Macam2 soalan dalam kepala.
Boleh dikatakan sebenarnya keperluan minima untuk kelas ni adalah perlunya bacaan yang fasih dan bertajwid kerana Ustazah hanya tasmek hafazan. Maka jika perlu betulkan tajwid akan mengambil masa lebih panjang. Tasmek adalah sesi guru menyemak hafazan jadi masuk2 kelas kena dah hafaz sekurang2 nya beberapa ayat ikut turutan 7 surah yang diberikan.
Hari pertama excited masuk kelas. Giliran tasmek adalah ikut siapa yang masuk dulu. Masa tu I dah orang yang ke 8-9 masuk. Tapi sebab tak masuk kelas pengenalan jadi duduk diam dulu perati macam mana peserta lain buat.
Ada yang dah hafaz banyak.. laju sungguh macam bullet train. I wince bila dengar. Serasa macam mahu minta slow down, kasihan dengan ayat AlQuran tu.
Ada yang hafaz sikit.. tergagap juga. Harus dipuji usahanya. Yang penting gigih mencuba dan mencuba lagi hingga jadi sebati dengan diri.
Ada yang dah hafaz banyak.. lancar sungguh tajwid. Sedap bunyinya. Terasa mendamaikan jiwa. Terasa menenangkan kecamuk hati. Terasa ingin berlama-lama mendengar bacaannya.
Bila peserta lain tasmek, kita kena mendengar dan berlatih hafazan sendiri. Sebelum masuk kelas I takde buat persiapan, jadi masa tulah baru nak berbuih2 mulut menghafaz. Finally dah rasa macam yakin, masuk giliran no 17.
By the time my turn, dah masuk pukul 6. Suami dan anak2 dah bangun bersiap nak kerja, nak sekolah. Alamak hati dah tak boleh fokus. Nampak pulak anak buat salah.. transform terus jadi mak singa pagi2. Mendidih2 rasa dalam hati.
Tiba-tiba Ustazah panggil nama. Alamak! Berdebar pulak ni. Yang dihafaz tadi lari terus hilang tah kemana-mana dah perginya. Tergagap-gagap bacaan. Ustazah sabar je betulkan.
Oh no.. I felt bad.
Haishh… Tulah marah anak lagi pagi2.
Terasa seakan Al-Quran itu cemburu bila kita nak hafaz dia tapi dok teringat kat dunia.
Terasa seakan Al-Quran itu merajuk sebab nak hafaz dia tapi ada energy marah dalam hati.
Patutlah Ustazah buat kelas pukul 5am-6am.
Supaya tak terganggu dengan kesibukan dunia.
Supaya dapat sedut keberkatan energy waktu tahajjud.
Supaya kedamaian suasana pagi boleh membantu melancarkan hafazan.
Lepas habis kelas…
Eventho gagap2 bacaan..
Sepanjang hari rasa blessed.
Sepanjang hari rasa happy.
Sepanjang hari rasa disayangi.
Sepanjang hari rasa excited looking forward to something tapi tak dapat nak pinpoint apa.
Ok stop sini dulu.
Ada lagi sambungan lepas masuk minggu kedua.
Feeling yang lagi best. Next post I cerita.
#Tadarus10X
#KelasHafazanMuslimah
#BlessingBertimpatimpa