Nampak posting rakan FB kata ada buka kelas hafazan muslimah.
Tak fikir panjang, terus sign up.
Bodek2 hasben tolong bayarkan.
Moga2 pahala hafazan dapat kongsi bersama.
Kelas setiap jumaat 5am-6am. Mulai dengan hafaz Al Mulk.
Sorang2 tasmek, yang lain dengar.
Sementara dengar, praktis juga hafazan sendiri.
I rasa macam dah ok dah boleh ingat. Dok tunggu my turn ternampak anak buat perangai. Hangin lah kan, bertepek2 sound anak. Tiba2 nama kena panggil. Aduh… Terbang hafazan. Semua sangkut.
Moral : tenang2.
Tepikan dunia bila bersama Al Quran.
Ibarat bercinta dengan kekasih. Waktu bersama, jangan ada ingatan pada yang lain. Sesungguhnya Al Quran sangat cemburu!
Hari ini terasa Indah sekali.
Dalam kereta dok recite lagi cuba hafaz.
Dah fasih ayat 1-5. Bila semua sebutan kena pada tempatnya, terasa layan macam tengah nyanyi lagu.. but, nikmat yang berganda lebih lazat.