Journal Tadarus Day 1

Sejak Ramadhan 2020 hingga hari ini 21 Nov 2020, syukur alhamdulillah konsisten join tadarus setiap pagi 7am. I witness magik berlaku dalam hidup peserta2 tadarus. Even my life sendiri pun banyak improvement. Terasa seolah-olah energy Al-Quran membersihkan energy I yang negatif. Thus, membuatkan rezeki mengalir begitu mudah – easily and effortlessly into my life.

Jom mulakan dengan adab2 ketika membaca Al-Quran.

Seeloknya gosok gigi dan mengambil wudhu’. Duduk dengan tenang dan tawadhu’ menghadap kiblat. Cari kawasan yang tak ada gangguan. Hadirkan hati (tumpukan perhatian) dan sertakan rasa gembira seolah-olah kita memperdengarkan bacaan Al-Quran itu kepada Allah SWT sendiri.

Sekiranya faham makna, apabila sampai pada ayat-ayat yang menjanjikan rahmat dari Allah SWT, mohon doa rahmat dan keampunan dengan penuh tafakur dan tadabbur. Apabila sampai pada ayat-ayat yang menceritakan azab dan ancaman, mohonlah perlindungan daripada Allah SWT. Apabila sampai pada ayat-ayat tanzih & taqdis (penyucian terhadap zat Allah SWT) bacalah Subhanallah. Jika tak dapat menangis secara spontan, usahakanlah untuk menangis.

Jangan baca Al-Quran dengan pantas sekiranya tidak bertujuan untuk menghafal. Letak Al-Quran di atas rehal, bantal atau tempat yang tinggi. Masa membaca, jangan bercakap dengan sesiapapun. Kalau terdapat keperluan untuk bercakap, tutup Al-Quran dulu. Kemudian sebelum sambung bacaan semula, mulakan dengan ta’awuz – “a’uzubillahi minasy syaitonir rojim”. Jika berada dalam kalangan orang yang ramai yang sibuk dengan urusan masing2, afdhalnya bacalah dengan nada suara perlahan. Jika berada dalam keadaan sunyi, maka afdhalnya bacalah dengan nada suara yang kuat.

Para ulama’ menggariskan enam Adab Zahir dan enam Adab Batin dalam membaca Al-Quran :

ADAB ZAHIR

  1. Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwudhu’ menghadap ke arah kiblat.
  2. Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan tajwid.
  3. Berusahalah untuk menangis, walaupun terpaksa buat-buat.
  4. Tunaikanlah hak-hak ayat azab dan ayat rahmat sebagaimana yang dinyatakan di atas.
  5. Sekiranya terdapat kemungkinan riya’ atau mengganggu orang lain maka bacalah dengan suara perlahan. Sekiranya tidak maka bacalah dengan suara yang kuat.
  6. Bacalah dengan suara yang merdu kerana banyak hadis yang menekankan kepentingan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu.

ADAB BATIN

  1. Sematkan keagungan Al-Quran dalam hati sebagai perkataan yang sangat agung.
  2. Kebesaran, ketinggian dan keagungan Allah SWT sebagai Tuan kepada Al-Quran hendaklah disematkan di dalam hati.
  3. Sucikanlah hati daripada segala was-was dan khayalan.
  4. Renungkanlah dengan mendalam makna-makna kalimah Al-Quran dan bacalah dengan penuh kenikmatan.
  5. Usahakanlah hati supaya mengikut ayat yang sedang dibaca. Contohnya, semasa lidah membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan sekiranya ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.
  6. Tumpukan pendengaran sehingga keadaan menjadi seolah-olah Allah SWT sendiri yang bercakap dengan kita dan kita sedang mendengarNya.

Semoga Allah SWT dengan kemurahan dan kasih sayangNya mengurniakan kepada saya dan anda semua taufiq untuk membaca Al-Quran dengan adab-adab di atas.

Petikan : Kitab Fadhilat Amal

Karangan : Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi r.h.

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: