PG : Kaedah Simpan Emas


Terdapat 4 kaedah simpanan emas di Public Gold mengikut kesesuaian anda:

KAEDAH 1 : Outright Purchase

Dengar nama macam rumit saja kaedah pembeliannya kan? Pembelian emas secara Outright Purchase ini tak sukar pun malah yang paling mudah! Dalam bahasa yang senang difahami,  Outright Purchase ini adalah Normal Purchase iaitu pembelian secara biasa.

Maksudnya, jika anda ada wang yang secukupnya untuk membeli sesuatu item emas, anda boleh membelinya secara sekaligus dan terus bawak balik emas tersebut.

Sebagai contoh anda ingin membeli item emas 10 gram BungaMas. Harganya RM2,894 tidak termasuk Gold Premium (29/7/2020). Jadi, jika anda ada wang sebanyak itu hari ini, anda dah boleh beli emas tersebut. Hulurkan duit pada Public Gold dan Public Gold akan berikan emas anda.

Harga jongkong emas 10g BungaMas pada 29/7/2020

Bagaimana cara untuk membeli emas secara Outright Purchase ini? Saya ada kongsikan cara pembelian yang mudah difahami langkah demi langkah DI SINI.

KAEDAH 2 : Syariah Easy Payment Purchase (SEPP)

Kaedah belian emas secara Syariah Easy Payment Purchase (SEPP) ini tak susah pun malah memudahkan sahabat yang kurang mampu untuk membeli secara Kaedah 1 Outright Purchase di atas.

Dalam bahasa mudahnya, SEPP ini seperti kutu emas. Biasanya akan ada seorang ‘mak kutu’ yang pegang emas tersebut dan ‘anak kutu’ akan menunggu giliran masing-masing mengikut bulan.

Tetapi di Public Gold ianya tidak disebut kutu emas dan proses pembeliannya pun tidak 100% seperti itu. SEPP ini hanya melibatkan diri anda dan Public Gold sahaja. Tidak ada pihak lain. Jadi, tak perlu risau mak kutu menghilangkan diri dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, main kutu adalah satu kesalahan di bawah Akta (Larangan) Wang Kutu 1971.

Sahabat semua boleh berasa tenang berurusan dengan Public Gold kerana kaedah belian secara SEPP ini telah disahkan patuh syariah oleh Amanie Advisors Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Datuk Dr. Mohd Daud BakarRUJUK SINI untuk memahami proses jual beli Public Gold dari perspektif syariah.

Untuk menggunakan kaedah SEPP, item emas yang ingin dibeli mestilah bernilai RM500 dan ke atas. SEPP yang disediakan adalah sebanyak 4 dan 10 kali.

  • EPP 4 : Semua item emas bernilai RM 500 dan ke atas.
  • EPP 10 : Sekurang-kurangnya RM 5000 dan ke atas.

PERINGATAN! Tak semua item emas berbaloi dibeli secara SEPP kerana harga per gramnya agak tinggi. Saya berikan contoh emas ½ dinar dan 5 gram yang masing-masing berharga RM660 dan RM1550 (rujuk gambar di bawah). Apabila dibahagikan harga tersebut dengan gramnya, harga per gram untuk item-item berikut adalah seperti ini:

  • ½ dinar; RM660 ÷ 2.125 gram = RM310.59
  • 5 gram; RM1500 ÷ 5 gram = RM300

Jika dilihat pada harga per gram emas GAP, harganya cuma RM289. Jadi, item emas yang termasuk dalam kategori LBMA Small Bar/Wafer ini jika dibeli secara lumpsum lebih berbaloi jika dibeli melalui akaun emas GAP.

Namun, jika nak beli emas secara SEPP ini, item emas paling kecil yang berbaloi adalah 1 dinar. RM1233 dibahagikan dengan 4.25 gram hanya RM290.18. Tambah berbaloi kerana boleh lock harga pada hari pembelian, dan jika harga emas naik, bayaran tetap dikira pada harga lock.

Harga emas Public Gold pada 28/7/2020

Baik, selesai tip yang saya berikan berkenaan pemilihan item emas. Sekarang saya ringkaskan pula bagaimana kaedah SEPP ini berfungsi untuk sahabat semua dapat gambaran yang jelas.

1. Lock harga

  • Katakan harga emas pada satu-satu masa tu sangat-sangat cantik untuk anda beli. Tetapi sekarang anda tak ada wang RM14,409 (harga pada 28/7/2020) untuk beli 50 gram BungaMas sekaligus.
  • Jadi anda lock harga RM14,409 tu sekarang dan buat SEPP 10 iaitu pembayaran sebanyak 10 kali selama 10 bulan.

2. Bayar setiap bulan dengan berdisiplin

  • Selepas invois rasmi dikeluarkan, anda hanya perlu bayar jumlah yang ditetapkan setiap bulan.
  • Kalau lima bulan akan datang harga emas 50 gram BungaMas naik kepada RM15,000, anda tak perlu tambah duit. Bayaran tetap sama.
  • Dah la untung dapat bayar secara bulanan, harga emas naik pun tak perlu tambah duit. Memang sangat membantu SEPP ni.

3. Habis bayar, ambil emas

  • Apabila anda selesai buat 10 kali bayaran tersebut, anda dah boleh ambil emas di cawangan Public Gold terdekat.
  • Anda boleh juga singkatkan masa bayaran contohnya lima bulan sahaja. Lebih cepat bayaran selesai, lebih cepat anda dapat ambil emas.
Ini contoh SEPP untuk promo PG Bar Raya Edition 1g dibeli pada 22/5/2020.
Ini contoh jadual SEPP berserta tarikh untuk rujukan kita. Setelah pembayaran dibuat, sistem akan update status EPP sebagai PAID.

Jadi dah faham kan macam mana kaedah belian SEPP ni? Saya kongsikan cara belian yang mudah difahami DI SINI. Ikut saja langkah demi langkah.

KAEDAH 3 : Akaun Emas Gold Accumulation Program (GAP)

Gold Accumulation Program (GAP) adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Public Gold untuk memudahkan penyimpan emas menabung emas mereka. Public Gold juga merupakan syarikat emas pertama di Malaysia yang memperkenalkan akaun emas seperti ini. Sebelum ini, hanya bank saja yang menawarkannya.

Secara mudahnya, bayangkan GAP ini seperti akaun bank anda. Aplikasi GAP pula seperti Maybank2u atau Cimb Clicks. Proses menyimpan duit dalam bank adalah, anda masukkan duit di mesin CDM, online transfer atau lain-lain kaedah. Setelah duit anda sudah banyak terkumpul dalam akaun bank, anda berhasrat untuk mengeluarkan duit tersebut lalu anda pun ke mesin ATM untuk menunaikan hajat anda.

Proses simpanan emas dalam akaun GAP pun macam itu juga. Anda menabung emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP. Bila sudah banyak atau sudah capai target, anda boleh mengeluarkan emas fizikal dengan hanya ke cawangan berdekatan. Sekiranya anda tinggal jauh dari cawangan, Public Gold boleh poskan emas anda dan ianya dilindungi insurans.

AKAUN GAP MENYELESAIKAN 2 MASALAH UTAMA

Ramai antara kita yang betul-betul teringin untuk memiliki emas fizikal tetapi terdapat halangan-halangan kecil yang membantutkan niat tersebut. Public Gold nampak masalah ini dan tanpa berlengah, Public Gold mengorak satu langkah ke hadapan untuk membantu menyelesaikan dua masalah tersebut iaitu:

  • Takut simpan sendiri
  • Bajet kecil
Takut Simpan Sendiri

Penyimpan emas memang ada mindset macam ni dari dulu lagi. Jongkong emas yang kecil dan berharga lebih kurang RM2,000 itu pecah kepala difikirnya mana nak simpan. Padahal, telefon pintar yang lebih kurang sama harganya relaks saja letak sana sini. Kereta yang besar dan berharga puluhan ribu ringgit itu pun relaks saja parkir depan rumah. Saya pun sama saja. Saya pun penyimpan emas macam anda juga.

Sekarang kita dah tak perlu risau. Public Gold sediakan akaun emas GAP untuk kita menyimpan emas dengan hati yang tenang. Simpanlah emas banyak mana pun. Simpanlah emas selama mana pun yang anda suka. Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj atau upah simpan.

Bajet Kecil

Sebelum ini pasti ramai yang fikir nak simpan emas mesti perlukan duit yang banyak. Mungkin beribu-ribu ringgit. Golongan yang banyak duit saja mampu menyimpan logam berharga ini. Kini tidak lagi. Serendah 1 gram atau RM100 pun dah boleh menyimpan emas fizikal. Jangan terkejut kalau saya kata ada students yang simpan  lebih 30 gram emas. Berat 30 gram tu lebih kurang RM8,700 tau!

Jadi, kalau sahabat ada bajet RM300, RM200 atau RM100 sekalipun sebulan, anda dah boleh simpan emas fizikal. Tak perlu tunggu bajet besar baru nak menyimpan. Gunakan konsep “sedekah sebelum kaya“. Risau dah kaya nanti tak bersedekah pun. Sama juga menyimpan emas. Tak tersimpan pun nanti kalau asyik menunggu. Risiko duit bocor tu lebih tinggi.

Konsep akaun emas GAP secara ringkas.

SYARAT & KELEBIHAN GAP

  • Disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold, iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd
  • Pengumpulan emas fizikal dengan ketulenan Au999.9 (24k).
  • Pembelian minima 1 gram atau RM100 dan tiada maksimanya.
  • Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan (eg. 0.0001 gram).
  • Tiada komitmen belian setiap bulan. Belilah mengikut bajet dan kemampuan.
  • Disokong 100% oleh emas fizikal Au999.9.
  • Pengeluaran sekurang-kurangnya 1 gram emas fizikal di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
  • Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan.
  • Tiada yuran simpanan dikenakan walau berapa banyak emas dan berapa lama pun disimpan.
  • Pegangan minima dalam akaun 1 gram sahaja. Boleh keluarkan semua emas dalam GAP. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
  • Diaudit oleh juruaudit bebas.
  • Urusniaga bila-bila masa secara online. 24 jam sehari, 365 hari setahun.
  • Boleh buat arahan tetap atau autodebit bulanan (standing instruction).
  • Mudah nak kumpul aset. Jika nak kumpul 100 gram, anda boleh menabung gunakan kaedah 1 bulan 1 gram. Nanti bila dah capai target, boleh keluarkan jongkong emas fizikal 100 gram seketul.
Sijil pengesahan patuh syariah Public Gold yang ditandatangani oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dari Amanie Advisors Sdn Bhd.

SIAPA YANG BERMANFAAT DENGAN AKAUN GAP?

  • Nak mulakan simpanan emas tetapi bajet kecil (bawah RM500).
  • Nak buat simpanan emas secara konsisten dengan bajet kecil sekitar RM100 – RM200 sebulan.
  • Nak simpan emas tetapi risau nak simpan sendiri. Takut hilang atau lupa.
  • Nak simpan emas tetapi menetap di luar negara atau tinggal jauh dari cawangan Public Gold.
  • Nak mula memiliki aset fizikal mampu milik serendah RM100 (0.3+++ gram).
  • Nak mulakan simpanan paksa yang kalis bocor. Boleh buat autodebit atau potongan gaji setiap bulan.
  • Nak jadikan emas sebagai simpanan dana pendidikan anak.
  • Nak mulakan simpanan untuk masa depan contohnya pergi haji, beli hartanah, berkahwin dan sebagainya.
  • Penyimpan emas (gold saver) boleh menyimpan emas dengan lebih sistematik.
  • Pelabur emas (gold investor) boleh mula melabur dengan modal serendah 1 gram atau RM100.
Contoh bila dah login akaun emas GAP. Baki akan tertera di situ.

KEMUDAHAN GAP

  • Beli emas secara online 24/7.
  • Jual emas secara online 24/7.
  • Pajak emas secara online 24/7.
  • Transfer emas secara online 24/7 ke C-Wallet dalam PG Mall dengan 0 spread (susut nilai).
  • Pengeluaran emas fizikal bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
  • Semak rekod belian, jualan, transfer dan pengeluaran.
  • Penyata akaun selama 3 bulan.

Itulah sedikit sebanyak pengenalan tentang akaun emas GAP. Saya harap sahabat semua faham dan mendapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Sahabat boleh mula membeli emas melalui akaun emas GAP berpandukan langkah-langkah mudah DI SINI. Jika masih ada soalan, hubungi saya melalui WhatsApp di +60162335702. In shaa Allah saya guide sebaiknya.

KAEDAH 4 : Standing Instructions (SI)

Dengar nama macam susah tapi tak pun sebenarnya. Standing Instructions (SI) adalah terma yang digunakan oleh bank untuk merujuk kepada autodebit atau arahan potongan gaji. Hanya perlu setup pada kali pertama di bank simpanan kita, kemudian setiap bulan bank akan pindahkan wang tersebut secara automatik.

Konsepnya sama saja macam Kaedah 3 : GAP tetapi dengan SI, tabiat menyimpan jadi lebih mudah kerana telah disistemkan, manakala Kaedah 3 : GAP, kita perlu buat secara manual.

PROS & CONS SI

Pendapat saya secara peribadi, SI ini ada kelebihan dan kekurangannya. Anda boleh baca dan putuskan adakah ianya sesuai dengan anda.

Pros
  • Anda tak perlu risau memikirkan jikalau anda terlupa nak tambah emas dalam akaun emas online anda. Tambah-tambah lagi anda yang sibuk bekerja.
  • Set saja tarikh dan jumlah untuk bank anda buat potongan autodebit. Duit itu terus ditukar jadi emas dan dimasukkan dalam akaun emas anda.
  • Hujung tahun atau sekali sekala, anda boleh semak baki emas anda.
Cons
  • Anda tak boleh pilih untuk tambah emas pada hari harga emas tengah rendah.
  • Sebabnya anda dah set tarikh untuk autodebit awal-awal lagi. Katakan anda set pada setiap 25 haribulan. Ketika itu harga emas RM289 segram. Tetapi pada 27 haribulan, harga emas turun menjadi RM 286 segram.
  • Kalau nak harga RM286 tersebut, kena tambah secara manual.

Seperti saya tulis di atas, pilih sama ada kaedah ini sesuai atau tidak dengan keadaan anda. Lain orang lain situasinya. Jika anda nak simpan emas secara SI, saya kongsikan caranya DI SINI.

Semoga artikel ini membantu sahabat semua mengumpul aset emas dengan mudah dan bersistematik.

© Mohd Zamri / Elis Suhaili (PG00215101)

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: