PG : Cara Semak Harga Semasa Emas dan Perak

ANDA BOLEH SEMAK HARGA SEMASA EMAS DAN PERAK SECARA ONLINE SAHAJA!

Apabila anda akses website rasmi Public Gold, anda akan nampak paparan seperti di bawah. Buat pelanggan Public Gold, harga emas dan perak yang tertera adalah rujukan buat anda menambah simpanan emas anda.

Buat bukan pelanggan Public Gold, anda boleh juga rujuk harga ini untuk membuat perbandingan. Jika harga yang ditawarkan Public Gold menarik minat anda dan anda berhasrat untuk membeli emas dan perak dari Public Gold, RUJUK SINI untuk ketahui cara-caranya.

KATEGORI 1

Jika anda ingin menambah emas atau mulakan simpanan emas dalam akaun GAP, rujuk harga ini. Sebagai contoh, 1 gram emas 999.9 berharga RM 292 hari ini (28/7/2020). Harga ini berubah setiap hari jam 12 malam mengikut harga emas semasa dunia.

KATEGORI 2

Buat anda yang ingin membeli emas secara outright purchase atau SEPP, rujuk harga emas yang berada dalam kotak biru. Harga ini juga akan berubah setiap 20 minit mengikut harga emas semasa dunia.

KATEGORI 3

Anda yang ingin menambah atau memulakan simpanan perak dalam akaun SAP (berkongsi akaun bersama GAP), boleh rujuk harga yang dipaparkan. Harga perak hari ini (28/7/2020) RM 432 untuk 100 gram. Sama seperti GAP, harga SAP juga berubah setiap hari jam 12 malam mengikut harga silver semasa dunia.

KATEGORI 4

Jika anda memilih untuk membeli silver bar dengan kaedah outright purchase atau SEPP, rujuk harga yang ditunjukkan dalam kotak bernombor 4. Harga ini berubah setiap 20 minit mengikut harga perak semasa dunia.

KATEGORI 5

Kotak berwarna hitam di hujung kanan gambar itu adalah graf pergerakan harga spot gold dan spot silver semasa dunia yang dipautkan pada website kitco.com (spot merujuk kepada harga mentah emas dan perak dunia, belum diproses dan ditambah premium over spot price atau bahasa mudahnya upah tukang).

Harga ini berubah setiap minit. Ini hanya rujukan buat anda. Jika nak beli emas atau perak dari Public Gold, rujuk harga dalam 4 kategori di atas.

Jika klik gambar Daily Gold Chart, paparan ini akan keluar. Spot gold yang dipaparkan adalah sebanyak 3 hari. Rujuk tarikh untuk setiap garisan berwarna.

NOTA

  • PG Sell : Harga yang Public Gold jual kepada anda. Rujuk PG Sell kalau nak beli emas atau perak.
  • PG Buy : Harga yang Public Gold beli daripada anda. Rujuk PG Buy kalau nak jual emas atau perak.

Harga emas dan perak Public Gold adalah transparent. Maksudnya, harga yang anda lihat itu adalah harga yang sepatutnya anda bayar. Ianya dikemaskini mengikut harga emas dan perak semasa dunia tidak kira harga naik mencanak atau jatuh merudum. Bukan harga yang sudah diperap seminggu di mana anda akan rugi sekiranya harga emas dan perak dunia sedang dalam trend menurun. Baik, itu saja caranya untuk semak harga emas dan perak Public Gold. Selamat mengumpul aset berharga ini!

© Mohd Zamri / Elis Suhaili (PG00215101)

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: