Journal MM Day 15 : Surah An Nahl Ayat 68

Ayat 68: Sekarang disebut minuman jenis lain pula.

وَأَوحىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحلِ أَنِ اتَّخِذي مِنَ الجِبالِ بُيوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمّا يَعرِشونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And your Lord inspired to the bee, “Take for yourself among the mountains, houses [i.e., hives], and among the trees and [in] that which they construct.

(MELAYU)

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”,

وَأَوحىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحلِ

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:

Allah beri ‘ilham’ kepada lebah. Kalimah ‘wahyu’ dalam ayat ini bermaksud ‘ilham’ dan bukanlah wahyu seperti yang diberikan kepada para Nabi pula.

Lebah adalah nama surah ini. Dan memang ada kehebatan lebah yang kita boleh belajar. Kerana itu sudah ini dinamakan Surah Lebah. Maklumat yang kita dapat di zaman moden ini membuktikan bahawa Qur’an ini adalah mukjizat.

Apabila Allah gunakan kalimah أَوحىٰ, ia bukan bermaksud diberikan wahyu kepada lebah itu. Lebah tidak dapat wahyu kerana lebah bukan Nabi. Jadi yang dimaksudkan adalah ‘ilham’.

أَنِ اتَّخِذي مِنَ الجِبالِ بُيوتًا

“Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit,

Allah ilhamkan kepada lebah untuk buat rumah dari bukit. Ini kelebihan yang ada pada lebah kerana manusia juga susah untuk buat rumah di bukit bukau. Tetapi lebah boleh duduk di situ.

Lebah Bukit
Lebah Bukit

Ini adalah salah satu mukjizat Qur’an. Oleh kerana Qur’an adalah kalam Allah, maka maklumat yang disampaikan adalah tepat. Zaman dahulu semasa Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad, bidang zoologi boleh ada lagi. Maka tentu orang Arab tidak tahu bahawa ada jenis lebah yang boleh gerudi bukit batu dan buat rumah di situ. Mana mungkin Nabi Muhammad tahu perkara ini dan mana mungkin baginda yang tulis sendiri Qur’an ini?

وَمِنَ الشَّجَرِ

dan di pohon-pohon kayu,

Selain dari bukit, lebah boleh buat rumah (sarang) mereka di pokok-pokok. Ini adalah kerana ada spesis lebah yang boleh gerudi pokok-pokok dan buat rumah di situ.

Lebah Pokok

وَمِمّا يَعرِشونَ

dan di tempat-tempat yang dibikin manusia”,

Dan juga di tempat tinggi di rumah manusia. Ini juga banyak kita lihat di bangunan-bangunan yang ditinggalkan oleh manusia.

Jadi lebah boleh buat sarang di tiga tempat itu (bukit, pokok dan rumah manusia). Dengan berkat adanya ilham dan tunjuk ajar dari Allah ini, lebah membangun rumah (sarang)nya dengan sangat rapi struktur dan susunannya, sehingga tidak ada cela padanya. Banyak kajian telah dilakukan saintis tentang sarang lebah ini.

Sumber : Celiktafsir.net

Published by Editor

Storyteller

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started