Victory Thinking … (Financial)
Ketika kamu mula berubah fokus dengan melihat segala kejayaan yang kamu telah capai, lebih banyak dan lama kamu lihat, lebih banyak yang kamu akan nampak kejayaan diri kamu, dan kamu mula melihat rupa-rupanya diri kamu telah banyak mencapai kejayaan selama ini….
Dalam masa yang sama diri kamu mengeluarkan (pancarkan) gelombang kejayaan, kerana kamu telah melihat, menulis, dan berterusan memikirkan kejayaan-kejayaan itu setiap malam dan pagi hari….
Apabila kamu mendalami segala kejayaan-kejayaan yang telah dicapai itu, kamu sering melihat, sering berfikir kejayaan itu, timbul pula fikiran bagaimana untuk mendapat kejayaan yang lebih besar?
Apakah cara mendapat wang? (yang belum make money)
Apakah cara menambah lebih banyak wang? (yang telah make money)
Apakah cara mengekalkan dan berterusan menambah wang? (for rich people)
Jika soalan kamu begini …
Kami kongsikan idea seperti berikut …
- Kekalkan bisnes kamu sekarang, buat lebih baik, keluar dari zone selesa…
- Buat Investment, dan berterusan tambah paip wang sedia ada….
- Beri lebih banyak wang… sedekah, sedekah, sedekah….
Mengapa kita perlu beri lebih banyak wang?
Kerana dengan memberi,
- cahaya baru akan berterusan masuk
- cahaya yang ada kekal
Kerana dengan berterusan memberi lebih banyak wang
- wang yang baru akan berterusan masuk
- wang yang ada kekal (walau logik menyatakan ia berkurang)
Q: “Bro, aku faham benda2 sedekah ni, tetapi aku masih tidak nampak bagaimana dengan sedekah akan membuatkan seseorang boleh menjadi kaya raya.”
A: Kita pergi kepada sains sedikit ya …
- Sekeliling kita penuh dengan tenaga
- Kita tidak nampak tenaga tetapi kita boleh rasa
- Tenaga haba (kepanasan) kita boleh rasa tetapi tidak nampak
- Tenaga elektrik, kita tak nampak, tapi try pegang wire hidup, on switch 🙂
- Tenaga suara, kita tak nampak tetapi suara kuat kita dengar, suara perlahan tidak
- Tenaga cahaya, gelap malam tak nampak, bila terang kita nampak
- Tenaga mekanikal, bila kena penampar boleh rasa sakit, sakit tak nampak
- Tenaga kimia, gimana ya mau explain? makan chocolate jadi happy, minum coffee jadi peace of mind
- dan banyak lagi jenis tenaga yang wujud tetapi tidak nampak …..
Dalam kajian sains, jumlah tenaga itu adalah tetap….
- tenaga yang positif
- tenaga yang negatif
Jika kita buat benda-benda yang positif, kita mendapat reply yang positif…
Jika buat benda-benda yang negatif, kita mendapat reply yang negatif….
Jika kita beri lebih banyak tenaga positif, kita akan mendapat lebih banyak tenaga yang positif …
Sekarang baru kami mulai faham mengapa ada sedekah 1 dapat 10, mengapa sedekah 1 dapat 100 mengapa sedekah 1 dapat 700 …
Mengapa ini berlaku? Ini kerana manafaat yang terhasil daripada tenaga (wang) yang dikeluarkan….
Jika sedikit orang mendapat manafaat, sedikitlah hasilnya….
Jika banyak orang dapat manafaat, besarlah hasilnya…
Bila u bagi sedekah, orang yang menerima akan berdoa….
Doa itu tenaga gelombang khusus yang ditujukan kepada diri u (yang menolong mereka), makanya diri u akan mendapat lebih banyak gelombang positif….
Jadinya keluarkan lebih banyak wang, walau kamu sedang dilanda musibah sekalipun, kamu miskin, kamu sedang diuji, kamu susah, kamu sakit lagi kamu susah, lagi banyak wang kamu kena keluarkan…
A: bro, tapi aku kurang faham perihal sedekah ni….
Q: itulah masalah u, bila sebut sedekah, u hanya ingat wang semata2…
Sedekah itu juga ada dalam bentuk, beri idea, zikir, selawat, solat 5 waktu, dhuha, tahajud, tolong masak, kemas rumah, lipat baju, basuh baju, basuh pinggan..
Juga sedekah dalam bentuk kongsi idea, masa yang u gunakan menulis panjang-panjang ini, juga sedekah….
U berkongsi ilmu percuma dan berbayar juga sedekah, u buat blog, u share dekat fb, forum dan sebagainya segala ini adalah sedekah….
Disini kita mulai faham pengertian ‘sedekah’ …. sedekah itu bukanlah ‘sedekah’ yang u faham, tetapi sedekah itu segala amalan baik yang dilakukan…
Q: tapi bro, macam mana dengan wang?
A: u belum faham lagi right? untuk dapat lebih wang, u kena beri lebih banyak wang….
U dah ada bisnes n investment ..
Beri sedekah 5% total income u monthly….
Pemberian yang paling bagus sebenarnya adalah kepada mak bapak…
Kemudian relatives (saudara mara terdekat)…
Kemudian jiran terdekat, radius 40 rumah kiri kanan kena jaga
Kemudian barulah society, masjid, tahfiz, gaza, dan sebagainya …
Beri lebih banyak wang berterusan, kamu akan mendapat lebih banyak wang dan keberkatan dalam hidup…..
- Jika u sedih, beri sedekah…
- Jika u sakit, beri sedekah…
- Jika u susah nak dapat kerja, beri sedekah ..
- Jika susah barang terjual, bisnes selalu tak menjadi, beri sedekah ..
- Lambat jodoh? beri sedekah juga lol 🙂
- Sale daily/ weekly/ monthly menurun? beri lebih banyak sedekah …
- Dah lama tak naik pangkat? bagi sedekah …
Ya betul kami sarankan,
- RM1 / day
- RM10 / jumaat
Ini hanyalah permulaan …
Sekali sekala cuba beri sedekah dengan banyak ….
- Pergi masjid
- Pejam mata ambil wang RM100
- Masukkan dalam tabung
Lepas tu silakan lari secepat yang mungkin (sebab setan banyak), dan silakan rasa menyesal sebab seumur hidup tak pernah sedekah RM100, itu pun dah kena paksa baru nak bagi :p …..
Selepas itu, beberapa hari kemudian, u akan rasa magic berlaku, eh! kenapa rasa lain macam jer ni? Dapat order, dapat wang, orang beri lebih banyak wang, orang bayar hutang, orang nak bagi projek, dan lain-lain…
U mula tertanya-tanya kenapa banyak sangat benda-benda best berlaku ni?….
Wow, rupanya best juga ya sekali sekala sedekah RM100 ni 🙂 …
- Bisnes buat macam biasa
- Investment buat macam biasa
- Sedekah sedikit + istiqamah macam biasa
- Dalam masa yang sama, biasakan-biasakan diri u sekali-sekala keluarkan RM100 tu ….
Q: Bro, macam mana dengan ikhlas?
A: Sedekah tak perlu fikir fasal ikhlas bro …
Kalau Tuhan nak beri, dia tahulah nak beri…. Tapi kebiasannya Dia bagi lebih banyak keberkatan bila kita beri lebih banyak sedekah ….
Dah faham bagaimana mahu menjadi kaya?
idea > marketing > management (money manager) > investment > kaya raya ….
sedekah > u dapat idea bisnes > u buat marketing > sedekah lagi > sale senang masuk > sedekah lagi > saving 10% > belajar investment > sedekah lagi > financial freedom > sedekah, sedekah, sedekah, dalam wasiat pun tulis sedekah, ini, ini, ini …
Boleh follow? ok bagus…
Sedekah asbab masuk syurga,
“Aku menurut sangkaan hambaku”….
Salah satu rezeki ialah ilmu,
Tuhan beri u ilmu yang tepat mudah faham > Mudah amal dengan betul / professional / ikut cara apa yang Tuhan suka > Amalan diterima > Dapat rahmat > Masuk Syurga ….
Sedekah > dapat rezeki …….
Kaya, wang, jodoh, ilmu, tenang, bahagia, sihat, buat sikit dapat banyak, hati bersih, hidup berkat, kelapangan masa dan segala-galanya …..
Q: Bro, kenapa kita perlu jadi kaya raya?
A: Supaya kita dapat beri (sedekah) lebih banyak wang, dengan itu kita akan mendapat kebaikan dunia dan akhirat … Lebih banyak kita beri, lebih banyak ‘berkat’ yang kita akan dapat..
Q: Bro, kenapa kita kena usaha kerja / bisnes / investment sungguh-sungguh?
A: Kita buat sungguh-sunggguh, beri yang terbaik, deliver sehabis baik bukan untuk keuntungan wang semata-mata (kerana bila sampai masa wang bukan lagi tujuan No.1) …
Bila u beri yang terbaik (kualiti) , u pula tambah nilai dengan bagus, duit itu memang yang u akan dapat… tetapi the main point kita buat yang terbaik ialah sebab ia suruhan Tuhan …
Dia kata, nak buat kerja, buatlah yang terbaik… Aku nak lihat siapa hambaku yang beri terbaik dalam segala hal dekat dunia ini …
*silap haribulan u boleh jadi ‘wakil Tuhan’ –> tak faham takpa 🙂
Ini tujuan kita buat kerja sungguh-sungguh… Tuhan tak lihat database u banyak mana, apa planing bisnes u, berapa kedai u ada, berapa ekar tanah u ada…
Tuhan lihat apa yang u buat dengan segala nikmat itu?
- Nikmat ilmu apa u buat?
- Nikmat harta apa u buat?
U share ala kadar or u beri yang terbaik?
Harta u beri ala kadar, or u beri yang terbaik?
Victory Thinking … (Financial)
Sebelum tidur malam bayangkan ….
- banyak orang suka product u (macam kes tudung manusia berebut-rebut)
- banyak orang beli product u (kes tudung depan kedai)
- banyak orang promote produk u
- banyak orang dan lebih banyak promote dengan gembira, dan beli produk u dengan gembira…
- ini semua semakin bertambah, semakin bertambah, dan semakin bertambah
Infinity mind,
- wang adalah banyak, dan wang adalah terlalu banyak….
- ada banyak orang dan terlalu banyak orang yang mampu beli produk u…
- mereka semua lebih dari mampu membeli produk u….
- lebih banyak, dan lebih banyak orang beli produk u
- lebih banyak dan lebih banyak agent promot produk u
- u gembira, mereka gembira, dan kegembiraan itu semakin meningkat day by day
*wang suka kepada orang yang sungguh-sungguh
*wang sangat suka kepada orang yang beri sehabis baik (product/ share/ service/ etc)
Tahap Infinity Wang, Tahap Infinity Total Energy
Apa yang kita faham, bila kita sampaikan sesuatu idea /ilmu, orang lain amal, kita akan dapat pahala amalan itu, selagi mereka amal selagi itu kita akan dapat pahala itu …
Trick / ‘Internal Knowledge’ Yang Sengaja Dilepaskan 🙂
- U galakkan orang lain sedekah,
- U galakkan orang lain beri lebih banyak sedekah,
- Dan u berterusan galakkan orang lain beri sedekah
Berkat yang turun kepada mereka juga akan turun kepada u…
Lebih banyak u ‘melahirkan asbab’ manusia beri sedekah, lebih banyak ‘berkat’ yang u akan dapat ….
Maybe memang kita tidak mampu beri RM100,000 *pada hari ini
Tetapi jika u galakkan 1,000 orang lain beri RM100, makanya secara indirect u juga telah beri RM100,000 …. Bahkan lebih dari itu ….
Beruntung mereka yang ada database (email) yang banyak…
Share lagi dan lagi perihal sedekah, dan berterusan share dengan bijaksana (hikmah) perihal sedekah kepada mereka…
Tuhan tidak pernah kecewakan orang yang memberi …
Kami pernah membaca satu tulisan,
Jika u sedekah dan orang itu menipu (wang tak sampai), u mendapat dua pahala, pahala sedekah dan pahala kena tipu .. (good idea juga ni lol )
Have fun juga bermaksud berterusanlah bersyukur ….
Have Fun