Journal MM Day 13 : Surah Yusuf Ayat 100

Ayat 100:

وَرَفَعَ أَبَوَيهِ عَلَى العَرشِ وَخَرّوا لَهُ سُجَّدًا ۖ وَقالَ يا أَبَتِ هٰذا تَأويلُ رُؤيايَ مِن قَبلُ قَد جَعَلَها رَبّي حَقًّا ۖ وَقَد أَحسَنَ بي إِذ أَخرَجَني مِنَ السِّجنِ وَجاءَ بِكُم مِنَ البَدوِ مِن بَعدِ أَن نَزَغَ الشَّيطانُ بَيني وَبَينَ إِخوَتي ۚ إِنَّ رَبّي لَطيفٌ لِما يَشاءُ ۚ إِنَّهُ هُوَ العَليمُ الحَكيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he raised his parents upon the throne, and they bowed to him in prostration.¹ And he said, “O my father, this is the explanation of my vision of before. My Lord has made it reality. And He was certainly good to me when He took me out of prison and brought you [here] from bedouin life after Satan had induced [estrangement] between me and my brothers. Indeed, my Lord is Subtle in what He wills. Indeed, it is He who is the Knowing, the Wise.

  • That of greeting and respect, which was lawful until the time of Prophet Muḥammad (). Prostration to any person or object other than Allāh was then prohibited conclusively.

(MALAY)

Dan dia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgahsana. Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf. Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

وَرَفَعَ أَبَوَيهِ عَلَى العَرشِ

Dan ia menaikkan kedua ibu-bapanya ke atas singgahsana.

Nabi Yusuf عليه السلام menaikkan ibubapa baginda ke pentas/singgahsana. Kalau dalam mimpi baginda yang disebut di awal surah ini, mereka berdua inilah yang diisyaratkan sebagai matahari dan bulan.

وَخَرّوا لَهُ سُجَّدًا

Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf.

Ibu bapa Nabi Yusuf عليه السلام, adik beradiknya semua sujud kepada baginda. Ini adalah sebagai sujud penghormatan dan waktu itu tidak haram lagi, maka boleh dilakukan. Hal ini masih diperbolehkan di dalam syariat mereka, bilamana memberikan salam penghormatan kepada orang besar, yakni boleh bersujud kepadanya. Hal ini diperbolehkan sejak zaman Nabi Adam عليه السلام sampai kepada syariat Nabi Isa عليه السلام.

Kemudian dalam syariat Nabi Muhammad ﷺ, hal ini telah diharamkan, dan hanya dikhususkan kepada Allah ‎ﷻ Tuhan sekalian alam. Demikianlah ringkasan dari apa yang dikatakan oleh Qatadah dan lain-lainnya.

Di dalam sebuah hadith disebutkan bahawa ketika Mu’az رضي الله عنه tiba di negeri Syam, beliau mendapati mereka masih bersujud kepada uskup-uskup mereka. Ketika Mu’az رضي الله عنه bersujud kepada Rasulullah ﷺ, Rasulullah ﷺ bertanya, “Apakah yang engkau lakukan ini, hai Mu’az?” Mu’az رضي الله عنه menjawab, “Sesungguhnya aku melihat penduduk negeri Syam bersujud kepada uskup-uskup mereka, maka engkau lebih berhak untuk disujudi, wahai Rasulullah.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

“لَوْ كُنْتُ آمِرًا أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ، لَأَمَرْتُ الزَّوْجَةَ أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا مِنْ عِظم حَقِّهِ عَلَيْهَا”

Seandainya aku memerintahkan kepada seseorang untuk ber­sujud kepada orang lain, tentu aku akan perintahkan kepada wanita untuk bersujud kepada suaminya, kerana hak suaminya atas dirinya sangatlah besar.

Di dalam hadith lain disebutkan bahawa Salman رضي الله عنه bersua dengan Nabi ﷺ di salah satu jalan kota Madinah; saat itu Salman رضي الله عنه baru masuk Islam, maka beliau bersujud kepada Nabi ﷺ (sebagai penghormatan kepadanya). Nabi  ﷺ bersabda membantah:

“لَا تَسْجُدْ لِي يَا سَلْمَانُ، وَاسْجُدْ لِلْحَيِّ الَّذِي لَا يَمُوتُ”

Hai Salman, janganlah kamu sujud kepadaku. Bersujudlah kepada Tuhan Yang Hidup, Yang tak pernah mati.

Keterangan ini dimaksudkan untuk menunjukkan bahawa bersujud dalam penghormatan kepada seorang pembesar diperbolehkan dalam syariat mereka.

وَقالَ يا أَبَتِ هٰذا تَأويلُ رُؤيايَ مِن قَبلُ

Dan berkata Yusuf: “Wahai ayahku, inilah ta’bir mimpiku yang dahulu itu; 

Nabi Yusuf عليه السلام berkata kepada Nabi Ya’qub عليه السلام, inilah takwil mimpi baginda dahulu, iaitu semasa baginda masih kecil lagi. Mimpi itu telah disebut di awal surah ini. Jadi kisah mimpi itu di awal surah dan sekarang disebut sekali lagi di hujung-hujung surah. Jadi, kisah-kisah lain yang panjang ini adalah antara kisah mimpi itu. Iaitu dari ayat yang disebutkan di dalam firman-Nya:

إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا

sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang. (Yusuf: 4), hingga akhir ayat.

جَعَلَها رَبّي حَقًّا

sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. 

Allah ‎ﷻ telah memberikan mimpi itu kepada baginda dan telah menjadikannya benar.

وَقَد أَحسَنَ بي إِذ أَخرَجَني مِنَ السِّجنِ

Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara

Sekarang baginda memuji-muji Allah ‎ﷻ. Memang baginda menghadapi banyak ujian dan sengsara dalam kehidupan baginda sejak dari kecil lagi. Namun lihatlah bagaimana baginda kata Allah ‎ﷻ telah berbuat baik dengan baginda.

Baginda tidak sebut pun kesusahan yang baginda alami. Baginda cuma menyebut perkara yang baik-baik sahaja. Mungkin kerana baginda tidak mahu mengulang tentang perkara-perkara yang sedih kerana ayahnya Nabi Ya’qub ‎ﷻ telah lama bersedih dan menderita kerana perkara itu.

Maka baginda mengenangkan bagaimana Allah ‎ﷻ mengeluarkan baginda dari penjara (tidak disebut pun kes masuk penjara itu dan berapa lama duduk dalam penjara). Ini adalah nikmat pertama yang baginda sebut.

وَجاءَ بِكُم مِنَ البَدوِ

dan ketika membawa kamu dari padang pasir, 

Baginda bergembira dengan kedatangan mereka ke Mesir itu. Nabi Yusuf عليه السلام bersyukur kerana Allah ‎ﷻ telah bawa mereka semua keluar dari tanah padang pasir yang tidak ada makanan itu dan sekarang mereka duduk dengan baginda. Ini adalah nikmat kedua yang disebut.

أَن نَزَغَ الشَّيطانُ بَيني وَبَينَ إِخوَتي

setelah syaitan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. 

Baginda bersyukur kerana mereka sekarang dapat bersama, walaupun setelah syaitan sudah cuba memisahkan antara baginda, bapanya dan adik beradik baginda. Lihatlah bagaimana sekarang baginda sudah panggil mereka itu ‘saudara’ baginda. Dahulu tidak begitu.

Namun walaupun abang-abang baginda telah membuat banyak kesalahan terhadap dirinya, baginda tidak mencela abang-abang baginda. Baginda tidak sentuh pun tentang telaga yang mereka tinggalkan baginda. Ini kerana mereka yang tinggalkan baginda di situ, maka baginda tidak mahu mengenangkan perkara itu. Oleh itu, baginda hanya sebut tentang penjara sahaja yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Baginda salahkan syaitan kerana menghasut abang-abangnya itu.

إِنَّ رَبّي لَطيفٌ لِما يَشاءُ

Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki.

Maksudnya rancangan Allah ‎ﷻ amat halus, segalanya Dia yang uruskan, sama ada besar atau kecil, sampaikan kita tidak tahu apa yang Dia buat dan bagaimana perkara itu boleh terjadi dan apakah hikmah di sebaliknya.

إِنَّهُ هُوَ العَليمُ الحَكيمُ

Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Segala perancangan Allah ‎ﷻ amat cantik kerana Dia yang Maha Bijaksana. Kita selalunya tidak nampak hikmah di sebalik perancangan Allah ‎ﷻ itu. Apabila kita sudah terima yang Allah ‎ﷻ itu Maha Bijaksana, maka kita kenalah terima apa sahaja yang Allah ‎ﷻ telah, sedang dan akan lakukan.

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: