Kenapa #UsahawanFacebook tak buat duit?
Ini 1 #BigMistake mereka terlepas. 😱😁
.
.
.
.
.
.
- #SubconsciousBehaviour
• Bisnes tak meriah
• Facebook tak meriah
• Maybank tak meriah
• Hidup kabur tak nampak jalan
Semua ini adalah kesan apa Anas lakukan setiap hari sejak 10-15 tahun lepas tapi tak perasan dia lakukan habit tu bertahun-tahun. Ni kira macam blindspot, setiap hari puas belajar itu ini, buat tindakan itu ini, dalam masa yang sama dia ada juga lakukan tindakan yang tidak bagus, kesan dia bisnes, facebook dan duit dalam maybank tak meriah. Dah puas fikir setiap gerak kerja, actually semua sudah betul, control posting, ayat, titik persamaan, message yang betul (7 why), tapi masih tak berubah. Dalam masa yang sama Anas lihat ada orang lain buat perkara yang sama, leads (trafik) meningkat, facebook growing, sales n duit also meningkat dari semasa ke semasa, 3 bulan berlalu, 6 bulan berlalu Abu terus-menerus growing bila apply teknik yang sama (the influencer blueprint) ni, Anas betul-betul pelik, kenapa tak menjadi? Bila Anas tanya Abu, dia kata “follow je apa yang artist kata tu, everything akan growing macam magik, memang betul itu akan berlaku”. Anas kata: “aku sudah follow la ni, cuba baca wall aku, topik umum, message yang best² (7 why) semua ada”, Abu pun pelik, “aikk kenapa ni? I think maybe you kena tanya balik artist dekat mana yang tak kena”. Lepas tu Anas pun PM i, tanya bla, bla, bla, situasi dia, i baca wall, semua sudah ok, check itu ini.. owhh ok dah nampak dekat mana tak kena, ada part belum adjust lagi. 😁
- #KesanBerantai
Topik teknikal ni tak banyak 3 topik telah berakhir (titik persamaan, 7why, declutter), topik-topik ni pun sangat simple, yang ramai usahawan pandang remeh, blindspot tu dekat tempat lain, tapi fikir mistake tu dekat tempat lain, “owhhh..tak dapat sale sebab teknik marketing tak betul kot”, “tak dapat banyak sale sebab tak buat banyak promosi kot”, “maybe teknik power belum belajar”, bla, bla, bla..
• Bisnes tak meriah
• Facebook tak meriah
• Maybank tak meriah
• Hidup kabur tak nampak jalan
Ini sebenarnya adalah kesan berantai, yang datang daripada punca yang ramai usahawan ni rasa remeh, rasa tak penting, lagi pun tak ramai orang cerita, lagi topik ni bukan tajuk yang popular dalam money making, macam orang ni berjaya, orang ni buat duit, teknik power, bla, bla, bla, orang ni viral, orang popular, bla, bla, bla… You pun terpikat dengan janji-janji manis tu, keluar duit lagi, belajar lagi teknik power, 3-5 tahun dah berlalu, tak menjadi juga, lepas tu jumpa lagi ada orang cerita teknik power yang lain, dia tunjuk duit, kaya, berjaya, whatever, again keluar duit lagi, lepas tu masih tak menjadi, “maybe belum rezeki”, bla, bla, bla kesan berantai tu masih tak hilang. Bisnes sepatutnya growing secara neutral, setiap hari semakin you cerita, bisnes semakin meriah, facebook semakin meriah, maybank semakin meriah, you nampak very clear masa depan, you happy with it, semakin bersemangat, semakin banyak buat kerja menulis, buat video, buat poster berkaitan titik persamaan & 7 why tu, you very happy, setiap hari, semakin banyak you cerita akan jadi semakin bersemangat, energy semakin tinggi, tak penah tulis nota & tulis panjang-panjang sebelum ni, bila buat rasa best, hidup semakin happy, positif diri semakin besar, ini sepatutnya berlaku bila semakin banyak tahun duduk dalam dunia bisnes, semakin meriah, tapi… disebabkan 1 big mistake ni, everything tak menjadi, dia jadi terbalik dari apa yang i cerita. Bisnes semakin kebelakang, facebook semakin surut pembaca, maybank semakin kosong, masa depan pula daripada kabur, dulu nampak juga sikit bayang², sekarang terus jadi blank, gelap, semakin keliru, masa depan tak nampak langsung sinar harapan.
- #DosaBesar
Ini bukan cerita religious, just kita nak fahamkan konsep, bayangkan setiap hari buat dosa besar, day by day, tapi kita tak ubah perkara tu, sebelum ni pernah juga orang cerita, tapi just biarkan, sebab tak rasa itu bukan big factor yang akan ubah bisnes… Perghhhh! kalau macam ni fikir, next berapa tahun buat bisnes pun takkan menjadi, benda yang paling basic, tak jaga, teknik sepower mana pun, dia tidak akan ada kesan. Bayangkan you invest duit beribu-ribu untuk belajar daripada orang yang power, teknik yang power, tapi AVATAR yang duduk dekat depan you 95% tak betul. Avatar tu minat cerita kereta, tapi topik you cerita kosmetik, kan gile namanya tu? keehkehkeh… So, i cerita dekat Anas dengan pelbagai falsafah macam ni, masuk cerita konsep hari² you sedang buat dosa besar, tu la sebab neraka yang datang, bisnes, maybank, facebook & hidup semakin teruk. Itu adalah balasan disebabkan you buat 1 dosa besar, tapi you tak rasa itu dosa besar. Kemudian Anas mula sedar, balik rumah dia buat kerja pembersihan tu, next 3-6 bulan reality Anas jadi macam Abu, everything jadi magik, bisnes, facebook, maybank dia growing day by day, dia semakin happy, mula nampak masa depan yang terang, cemerlang, gemilang, terbilang, life dia everything sudah jadi sangat best, sebab semua benda akan berubah bila dia sudah bersihkan this kind of dosa besar ni fasa demi fasa.
- #Declutter
Minat nak dapat magik tak.. 😁 so kita ada tambahan cuti 2 minggu lagi, ini waktu yang paling bagus untuk bersihkan friends facebook. Hanya ada dua jenis usahawan selepas musim covid 19 ni, mereka yang selesai daripada isolation, bisnes, maybank, facebook, hidup akan fly setinggi-tingginya. Dan satu lagi usahawan dia masih lagi bawa reality yang sama macam sebelum isolation ni. Disebabkan tak ambil berat tentang ‘friends’ dekat facebook, dia akan dihukum dengan neraka yang sama untuk sepanjang hidup 30-50-70 tahun. Semua magik, neutral, harmony, sync, yang i cerita tidak akan berlaku selagi friends dekat facebook tak betul.
- Siapa #friends yang tak betul?
(1) Usahawan
Produk yang you ada sekarang B2B or B2C? B2B Produk tu target spesifik usahawan, maybe berkaitan selling, marketing, branding, copywriting, fbads, etc.. kalau produk² you tidak ada kena mengena dengan usahawan, semua friends usahawan sila unfriend. “Tapi en. artist, kawan saya ni baik, dah lama kenal, selalu borak², xkn nak unfriends”.. I reply, “Kawan usahawan ada berapa banyak 10-15 orang? i tak kejam sangat, 😁 yang kenal tu boleh stay, yang tak kenal unfriend”. Dalam falsafah, one person is more, many is less. Setiap 1 friend yang tak betul akan beri kesan berantai hidup jadi macam neraka for next 3-5-7 & 30-50-70 tahun akan datang. Yup.. 1 friend je tak betul, kesan dia sangat besar dan berantai. So kena jaga betul-betul setiap 1 friend tu. Cerita falsafah tu berkaitan, kalau 1 friend tak boleh jaga, macam mana nak jaga 10 friends, 100 friends, 1,000 friends, 10k friends, 100k friends. Benda ni very small, tapi algorithm behaviour akan jadi subconscious behaviour membawa kepada blindspot kepada bisnes, facebook, maybank dan hidup yang macam neraka untuk berpuluh-puluh tahun akan datang. Kita punya tindakan bersifat contagious/viral, satu perkara kecil akan beri kesan kepada beberapa area kehidupan, beberapa area ini akan contagious/viral dekat banyak area kehidupan yang lain, tu sebab mistake blindspot macam ni, ramai sedang buat everyday sejak 3-5-10-15 tahun lepas, tapi nak nampak itu punca, tidur malam tak lena, bangun pagi lesu, weak, letih, kosong. Kalau CORE platform facebook, ini semua kesan bila 1 friend tak betul. Apatah lagi kalau beribu friends tak betul, thats why hidup macam neraka tak hilang.
(2) Umur
Kalau dalam bisnes average avatar 10 tahun, 25-35 or 35-45, etc.. kalau run topik umum macam sekarang, average umur boleh dibesarkan kepada 20 tahun, makna 25-45 or 35-55 tahun. So, kalau umur friends yang kurang or terlebih bukan dalam profile follower you, sila unfriend. Friends facebook ni, bila sudah betul you terus dapat magik. I ada experience last year, JV bisnes buat akaun facebook baru target 500 friends je, wall meriah, sale meriah, 2-3 bulan tu sangat best, lepas tu bajet nak banyakkan friends, add secara rambang, everything magik tu semua hilang. Facebook slow, sales slow. I ada peminat cerita sama macam ni, friends dia sikit je, but very meriah dengan sales. Facebook ni guna robot (software) ada algorithm, bila post dia hanya lalu dekat 1%-3% follower sahaja. Kalau you ada beribu-ribu friends, semua tak kena dengan keyword yang mereka taip dekat facebook, semua post tu tidak akan appear dekat akaun facebook mereka. Boleh faham ke? 😁 Friends facebook you akan taip dekat wall, software akan insert semua keyword, lepas you post, software akan matchingkan dengan wall friends you. Kalau tidak ada keyword yang matching, dia tidak akan appear dekat facebook friends you tu. Lepas tu bila friends betul, setiap kali dia like n comment, algorithm akan dipanjangkan dekat kawan-kawan facebook mereka, dulu you boleh nampak kalau kawan like or comment dekat tempat orang lain, today notification tu sudah tak muncul, kecuali kalau dekat page / ads, baru boleh naik notification tu. Ni la cerita algorithm² tu semua. 😁 Facebook akan appearkan dekat akaun friends bila ada banyak persamaan keyword. Yang 7 why you list tu adalah frekuensi paling banyak keyword audience you gunakan. So, bila semakin kerap keyword tu you gunakan, software akan detect sebagai aktif, dia akan appear-kan dekat seramai mungkin friends yang pernah gunakan keyword yang sama. Yup.. memang pening sikit cerita teknikal algorithm ni. Bila perubahan algorithm berlaku, semua data-data yang lepas akan dihapuskan, tu sebab bila post like akan menurun, sebab dia tak appear lagi macam biasa, sebab friends tu tak banyak gunakan keyword tu. So, kalau minat jadi influencer & core platform you adalah facebook, kena go deeper berkaitan algorithm ni semua. Mana nak dapat? So sad.. xde orang cerita. 😁 Maybe ada but bukan dalam circle bisnes, ni dalam circle programmer. Dia orang tahu kenapa perlu update robot/software. Tujuan dia sebenarnya nak buang akaun yang tak aktif tu, bila terlalu banyak akaun tak aktif, dia akan pecahkan post tu dekat tempat yang tak berkualiti. Tak aktif bukan makna friend tu tak post, tapi berkaitan frekuensi keyword yang mereka gunakan selama ni. So, bila umur tak kena, mereka tidak akan kerap gunakan keyword tu, kira you membazir algorithm. Basically dia bukan too falsafah kalau nampak algorithm, kenapa bila friends tak betul, bisnes, facebook, maybank ni kena tempias dia. Ini memang ada explanation bila dilihat daripada perspektif programmer² ni semua.
(3) Topik wall friends
Kerja-kerja declutter ni leceh, you kena lihat satu per satu, beribu-ribu orang, makan masa berbulan-bulan lamanya. You kena tahu walau boring buat semua ni, dia sangat berbaloi, untuk next 3-5-7 tahun. Kalau u fikir penat n leceh memang tak berbaloi. But kalau you fikir next kehidupan happy, kaya, positif, best, blessing, fun, for next 30-50-70 tahun, kerja tapis-menapis ni sangat berbaloi. Bila masuk wall friends tu always cerita politik, ok unfriend. Bila sepanjang masa dia buat post² promosi, ok unfiend. Bila dah bertahun tak post, ok unfriend. Follow juga insting, you masuk facebook terus rasa tak best, ok unfriend. We can have fun dalam perjalanan 3-5-7 tahun, not just bila sudah dapat duit, facebook n maybank meriah, dalam perjalanan declutter tu lagi life you sudah mula berubah. Dalam cerita energy 1 friend je tak betul, dia akan beri kesan dekat hati tak happy everyday, kepala pening, hidup stress, resah, gelisah, bertahun-tahun dalam hidup. Cerita energy ni lebih canggih daripada cerita software/robot facebook. Energy ni walau you kata “i tak bersalah” tetap kena tempias hidup macam neraka. Kalau fikir 1 friend dekat facebook tidak ada kena mengena dengan bisnes, facebook, maybank n life, dont think like that anymore. Cerita energy salah or tak bersalah, tahu or tak tahu, you buat or bukan you buat, katakan kawan you yang add friend² tu semua, lepas tu you run akaun facebook tu, tetap kena tempias. Actually beberapa topik teknikal kalau faham algorithm external (software) dan internal (energy), sudah cukup untuk ubah reality bisnes, facebook, maybank n lifestyle. Apply 13 topik basic teknikal ni sudah cukup untuk permulaan. Bila algorithm sudah betul, setiap perubahan kecil yang betul, you akan attrack more algorithm yang betul. Banyak benda² betul akan mula datang dalam hidup. Dulu beli buku tak baca, tiba² jadi rajin baca, dulu baca faham lain, this time baca faham yang lain. Semua reality yang best² tu just apprear / muncul satu per satu dalam hidup you. Miracle ni level atas sikit daripada magik, reality yang tak sepatutnya berlaku mula berlaku dalam hidup you. Magik ada explanation, miracle dia terus menjadi, orang kata rezeki terpijak. You tak pernah terfikir, bersusah payah usaha, rezeki tu muncul tiba-tiba. That why kita tulis #7Why (happy 3-5-7 tahun & 30-50-70 tahun). Ini juga sebab kenapa selepas 7 tahun menulis ebook, i menulis lebih banyak lagi, sebenarnya i suka dekat magik & miracle tu, the more i menulis, the more dia muncul, its fun. 😁
(4) Negatif
Ni usahawan semua tahu akaun negatif semua unfriend n block. Kita go deeper sikit, friends yang emosi dia negatif also kena declutter. Sebab kita punya emosi akan serap emosi orang2 sekeliling 24 jam. Bila tidur malam, tutup laptop & smartphone, minda & emosi kita tak tidur, dia still bekerja, sel2 lama akan transfer info dekat sel2 baru. Bila lihat smartphone kalau banyak negatif yang tak nampak, minda & emosi kita akan serap semua energy tu. So, kena jaga friends sekeliling. Walau luaran positif tapi kalau orang tu selalu resah gelisah, stress, merungut, itu adalah negatif yang tak nampak. Online & offline kena declutter friends yang macam ni. Kalau you power boleh handle tak perlu unfriend sebab at least dia tengah cuba untuk ubah hidup, kalau tak cukup power bagus declutter. Dekat facebook kalau friends tu banyak post yang lari daripada topik tak kena langsung dengan titik persamaan also kena unfriend.
- #TargetDeclutter
1 hari = 50 orang. 10 hari = 500 orang. Kerja kalau tidak ada target itu bukan kerja. Selagi tidak ada target tidak akan berubah. Tampal kertas dekat dinding untuk lihat progress:-
• Fasa 1: Declutter 500 Orang
• Fasa 2: Declutter 500 Orang
• Fasa 3: Declutter 500 Orang
• Fasa 4: Declutter 500 Orang
• Fasa 5: Declutter 500 Orang
• Fasa 6: Declutter 500 Orang
• Fasa 7: Declutter 500 Orang
• Fasa 8: Declutter 500 Orang
• Fasa 9: Declutter 500 Orang
Siap setiap fasa go celebrate. Setiap fasa target 2-3 minggu or 1 bulan. Declutter = Big Viral Money. Declutter kena siapkan, baru duit muncul. You kena buat kerja2 declutter ni dengan happy. Do it for yourself, do it for your life next 3-5-7 tahun & 30-50-70 tahun. Declutter adalah big part dalam proses perubahan hidup, belajar benda baru, buat benda baru, tapi tidak ada declutter, perubahan itu akan susah nak berlaku. Kita tidak akan boleh masukkan air yang baru kalau dalam botol sudah penuh dengan air. Kalau energy sudah penuh, apa pun you buat dekat facebook tu susah nak menjadi. Sometime belajar sudah banyak, tahu sudah banyak, tapi mistake yang ada tidak dibetulkan, masih bawa mistake yang sama setiap hari, bertahun-tahun, dia akan jadi berat untuk berlaku perubahan. Macam lori yang penuh dengan muatan tanah, akan bergerak sangat perlahan. Bisnes susah nak growing sebab heavy, ada banyak energy (friends) yang belum betul, flow sepatutnya ringan, tapi kalau berat sangat itu sebab dia. Selagi belum rasa ringan, selagi itu kena declutter friends² yang ada. Sampai sudah rasa ringan, happy, rasa best, makna sudah cukup proses declutter tu. Again, bila setiap fasa sudah siap makan KFC. 😁😂