[ Cara Menulis 101 Impian ]
Last time ada orang tanya, macam mana nak menulis 101 impian yang berkesan?
Formula yang kami gunakan ialah apa yang digunakan oleh orang-orang yang berjaya…
Iaitu …. mereka fokus kepada 1 impian sampai dapat, selepas itu baru beralih kepada impian yang lain …
Sebagai contoh kami analisis kehidupan seorang kawan …
Pertamanya sudah tentu dia kena buat bisnes atas tiket KUMPUL MODAL kemudian bina satu persatu paip wang …
Setelah dianalisis kami berjaya penetrate kehidupan dia, dan jadilah 101 IMPIAN kehidupan seperti dibawah…
Impian 1 – Buat bisnes, dari idea > marketing > wang > investment
Impian 2 – Settle-kan saman polis / jpj
Impian 3 – Ambil lesen motor dan kereta
Impian 4 – Beli Motor Kapcai
Impian 5 – Beli kereta murah (kami nasihat kereta bukan pelaburan yang bagus)
Impian 6 – Pay deposit untuk rumah kos rendah > cari orang sewa
Impian 7 – Cari rumah sewa 🙂
Impian 8 – Kumpul modal untuk bertunang
Impian 9 – Bertunang
Impian 10 – Nikah > Kahwin Rumah P > Rumah L
Impian 11 – Fokus selepas kahwin
- rumah, kenderaan, pakaian, makanan, anak
- travel, knowledge, ekonomi rumah tangga
Impian 12 – 13 paip wang (bina satu per satu aset)
- emas / silver
- stock market
- property
- database
- knowledge > networking
- dan lain-lain …. kembangkan, kembangkan, dan kembangkan aset ..
Impian 14 – Bersama parent > umrah
Impian 15 – Travel
Impian 16 – Sportcar
Impian 17 – etc …. sehingga impian 101 …
===
Apa yang kita dapat belajar?
- Semua impian berkait rapat dengan wang, wang berkait rapat dengan bisnes, kekayaan berkait rapat dengan investment.
- Bila dia ada setiap satu impian yang membawa kehadapan, bila 1 settle, secara tidak langsung dia akan upgrade keperingkat seterusnya …
- Dia dapat fokus impian satu persatu secara tersusun…. Selepas ini, ini pula, selepas itu ini, dan ini …. dia nampak jelas jalan kearah itu …
“Bila nampak jelas, dia tak fokus merapu, yang jadi merapu sebab tak susun 101 impian dengan kemas, tiada priority”….
===
Selepas 2 tahun, dia dah sampai no. 6 – no. 7 …
Bagaimana dengan letak tarikh pada impian? Ini terpulang kepada keadaan seseorang, jika u rasa letak tarikh ok, so letak …
Ada orang cara berfikir dia lain, dia tak letak tarikh, tapi dia fokus sungguh-sungguh untuk settle-kan satu persatu impian dengan cepat….
Ikut cita rasa masing-masing …
===
Menulis impian ialah berkaitan apa yang u nak berlaku pada hidup u selepas ini, perkara yang paling dekat, selepas itu apa pula, selepas itu apa pula….
Lagi best selepas itu ada list yang panjang yang u boleh nampak clear, ini akan berlaku dalam hidup aku pada masa hadapan ….
101 IMPIAN secara flow ini lebih kepada design your destiny secara phase by phase dan keseluruhan hidup ….
Dari semasa ke semasa, adjust priority mana yang perlu …
Boleh boleh? ok good.
Have fun ..