Design a site like this with WordPress.com
Get started

Nota IH – Reminder June 2020

  1. MASA

Pejam celik, covid, whatever, 6 bulan sudah habis untuk tahun 2020, baki ada 6 bulan lagi. Biasa kita cerita 3-5-7 tahun sudah 3 tahun dari tahun 2017, 3 tahun dah habis, makna dekat sini masa berjalan sangat pantas. Masa akan terus berjalan, masa tak tunggu kita, next pejam celik dah habis tahun 2020. Yang fokus buat banyak aset congratulation, sepanjang PKP & PKPB duduk rumah yang belajar macam2 skill baru congratulation. Ada yang dah jadi penulis, jadi ghostwriter pun ada, yang dah pandai guna app KineMaster buat short video (ni best kena belajar macam penulis2 M7 buat), lepas tu ada belajar kumpul database dekat telegram, and antara skill best untuk belajar adalah buat mindmap, speed reading, super memory, selling, komunikasi, leadership, kajian avatar, copywriting, personal branding viral, syorytelling, dev. network dll. Today pejam celik umur kita sudah 30 tahun, next pejam celik umur sudah jadi 40 tahun, next 50-60 tahun, next 60-70 tahun, next 80-90 tahun, dengan masa ni jangan leka, dia bergerak sangat pantas, setiap 1 saat berharga.

  1. EKONOMI

Lebih lama kita duduk dekat planet bumi ni, kita perlu lebih banyak duit, ada peminat yang hidup selesa bertahun-tahun, sampai masa covid yang pekerja kontrak tak sambung, kesan ekonomi gaji kena potong 50%, kira bagus masih ada 50% kalau hilang gaji 100% terus macam mana? Dalam keadaan ekonomi sekarang pekerjaan sudah bukan 100% selamat lagi. Masa peminat tu cerita gaji kena potong 50% tu i teringat cerita ingat 5 sebelum lima, senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit, etc.. Kita punya hidup boleh bertukar sekelip mata, kaya jadi miskin, miskin jadi kaya. Siapa orang yang boleh survive? Ini adalah orang yang tidak duduk dalam zone selesa, dia sentiasa beringat, sentiasa buat persiapan. Covid orang dah malas nak dengar cerita, next cerita panas adalah ekonomi, cerita ni makan masa 5 tahun sampai 2025. Yang buat bisnes pula tak kena environment semasa, bisnes tu akan jatuh, tak boleh duduk dalam 1 niche sahaja, kena teroka peluang baru, time covid & ekonomi slow ni memang susah nak buat duit, at the same time ada industri yang sangat lucrative, boleh buat banyak duit. You kena rajin membaca, mengkaji, catat nota, buat mindmap, buat planning 3-5-7 tahun & 30-50-70 tahun, kena sistematik, macam last reminder kena ada report setiap gerak kerja, supaya boleh trace progress, growing ke, tak growing ke, berpusing2 ke, bergerak kebelakang ke. Semua ni ada dalam report, graf naik, turun, mendatar, bla, bla, bla.. Dalam hidup orang yang bekerja atau bisnes mereka yang akan maju adalah orang yang always track progress day by day, dia tahu mana nak pergi next 30-50-70 tahun. Ada planning macam ni? You patut buat.

  1. ILUSI

Cerita gambar dekat bawah, ramai usahawan yang hari-hari busy buat bisnes, duduk dalam dunia bisnes bertahun2, tapi sebenarnya dia tak buat apa2, duduk dalam ilusi. Rasa macam buat kerja, bisnes, selling, itu ini, sebab follow wall bisnes, buat bisnes, bila sampai hujung tahun jadi pelik, “aikkk.. kenapa tak jadi kaya lagi?”, “Kenapa hidup tak berubah lagi?”, “Kenapa duit belum banyak lagi?”, “Kenapa hidup masih susah?”, “Kenapa etc”.. So i tanya dekat peminat ni DATABASE ada berapa banyak? Dia reply “100 orang”. What 100 database? Apa nak buat dengan 100 database tu? You can not do anything. Dalam bisnes kena ada target untuk kumpul 100,000 database, ini baru betul nama dia bisnes. Ilusi ni akan berlaku bila tidak trace progress, tampal kertas, jadual untuk monitor berapa banyak progress 30 hari yang lepas.

(1) Aset Blog

Berapa banyak artikel.
Berapa banyak video.
Berapa banyak poster/tutorial.

(2) Aset Database

Berapa banyak bertambah 30 hari lepas.
Bulan june target berapa banyak database.

(3) Aset Knowledge

Ada beli, baca dan catit nota buku baru.
Any idea baru? Or sama macam bulan 4 / 5.

(4) Aset Gold

Ada bajet tiap-tiap bulan kena beli gold.
Jangan leka, gold ada kaitan dengan feel.
More gold = Lebih kuat feel kaya.
Lebih kuat feel kaya, more kaya muncul.

(5) Aset Meditasi

Kedamaian pemikiran & Ketenangan jiwa.
Ini aset yang mahal, akan trigger VALUE.
Value akan trigger masuk dalam market.
People will follow value => U buat duit.

(6) Aset Outsource

Bila buka 1 kedai kena upah orang.
Untuk panggil ramai client datang kedai.
Kena upah 300 orang untuk panggil client.
Banyak client datang = banyak jualan.

(7) Aset Network

Network ni best, sikit kerja, banyak hasil.
Rich people always fokus kembangkan network.
Untuk go bigger dalam bisnes kena ada network.
Bila xda network, lama2 akan down dan jatuh.

(8) Aset Review/Testimoni

Ini guna untuk develop trust.
Ini guna untuk mengukuhkan kedudukan.
Sepanjang bulan 5 berapa banyak bertambah.
Tak kumpul, you are not really doing busines.

(9) Aset Personal Branding Viral (PBV)

Facebook bukan aset, ramai habis masa.
Bertahun-tahun bina yang bukan aset.
Facebook akan jadi aset bila mahir PBV.
Branding bagi cantik, next belajar viral.
Artikel viral macam i buat tu 5 / 10 tip.
Ada gambar, 1 problem, 5 solution.
Ada header & ada penutup.

(10) Aset Ebook

Ebook guna untuk profile.
Ebook guna untuk branding.
Ebook guna untuk network.
Ebook guna untuk dev. trust.
Ebook guna untuk enter new market.

  1. LOVE => KAYA

Macam mana nak buat sesuatu yang kita minat boleh mendatangkan kekayaan for long term? Cara dia kena letak banyak index dekat dunia online, lebih banyak info, lebih tersebar you punya branding, ramai orang baca, lebih ramai orang kenal, lebih besar peluang untuk buat jualan, dapat agent, bina team, network, dan dapat investor. Dalam kata yang lain mulakan dengan buat 9,000 index, tulis 3,000 artikel, buat 3,000 video, buat 3,000 poster/tutorial. Kaya ni you tak boleh cari dia, cari tak akan jumpa, konsep menjadi kaya kena bina kekayaan tu, mulakan dari kecil dan kembangkan berterusan, baru akan jumpa kekayaan tu. Kalau you hari2 buat selling, cari banyak duit, you xkn jumpa kekayaan tu, ramai orang minat jadi kaya dia masuk dalam dunia bisnes. It didnt work that way. Untuk bina kaya kena bina Minda, Emosi, Habit, Environment & Bisnes. Kenapa ramai orang bertahun-tahun buat bisnes tak jadi kaya sebab dia hanya duduk pada part bisnes sahaja, dalam masa yang sama setiap hari bertahun-tahun dia bawa minda, emosi, habit & environment miskin. Tu sebab kaya tu tak muncul, sebab you tak kembangkan apa yang sepatutnya dikembangkan untuk berada dekat state kaya tu. Konsep yang kita perkenalkan 10% develop bisnes (dengan develop 7 aset), 90% develop diri (dengan apply 4 priority). Formula 4+7 ni dia akan cover minda, emosi, habit, environment & bisnes. Baru you akan experience kekayaan tu berkembang day by day, week by week, month by month, year by year.

  1. JUAL MACAM-MACAM PRODUK

Ramai orang minat jadi kaya, dia jual macam2 produk, produk ini tak jalan, lompat produk lain, lepas tu lompat lagi, lepas tu main lompat2 sedar 5 tahun dah habis, sebab konsep daripada awal sudah salah. Cara G20 jadi kaya dengan develop Aset & Network. Ramai orang nak jadi kaya dia jual macam2 produk, tu sebab you tak jumpa kaya tu, and you tidak akan jumpa kaya tu sampai bila2, sebab daripada awal sudah salah konsep. Cerita cara menjadi kaya memang tak ramai orang cerita, tak banyak buku orang tulis, and tak ramai orang ajar. Mostly sipengajar semua fokus buat duit. Yang mengajar tu pun salah konsep, dia fikir bila buat banyak jualan, banyak duit, boleh jadi kaya, tu sebab ramai orang hidup berterabur. Nampak ke? Cara untuk menjadi kaya kena develop Habit & Aset, ini konsep yang kita perkenalkan dekat wall ni. Ada aktiviti yang you kena buat setiap hari, ada progress yang you kena kembangkan setiap hari. Baru kekayaan tu akan berkembang. Antara tanda2 you sedang buat benda yang betul adalah happy, day by day you feel happy, sebab ada something yang growing, dengan membaca, senaman, meditasi, deliver value you boleh feel diri sedang growing. Dia rasa lain, feel lain, you akan rasa best dengan ‘rasa growing’ tu, thats why you feel happy everyday. Bila buat bisnes pula dia letak more value, orang baca, dapat idea, manfaat, orang suka, itu nama dia value. Ada peminat i pelukis, dia post dekat online, orang suka, tanya dekat i, adakah itu dikira deliver value? I reply, tanda2 you deliver value adalah you “feel happy” lepas post dekat online tu. Dia kaya “sure i am happy”, so makna itu dikira deliver value. Untuk buat banyak duit you kena buang mindset nak menjual & mindset nak buat banyak duit. Kena replace dengan mindset deliver value (dalam bentuk problem solving). Selepas produk sudah ada dekat tangan kena kaji dahulu, apa masalah yang produk tu selesaikan, lepas tu kena tahu profile siapa yang ada masalah tu. Lepas tu baru cari atau attract orang yang ada masalah dekat platform you. Faham ke ni? Makna dekat sini untuk jadi kaya-raya celik mata hari2 fikir masalah siapa saya nak tolong selesaikan.

  1. KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN

Daripada cara tulis mindset tunggang terbalik, jauh tersasar, mindset kena ubah dahulu, untuk keluar dari masalah kewangan you kena ada banyak kewangan, untuk ada banyak kewangan you kena selesaikan masalah orang, lebih banyak masalah orang you selesaikan, lebih banyak duit akan dapat. Faham ke ni? Selesaikan 1 masalah orang dapat profit RM10, selesaikan 10 masalah orang dapat profit RM100, selesaikan 100 masalah orang dapat profit RM1,000. Lepas tu kerja you adalah julan 100 produk dekat 1 orang, bukan jual 1 produk dekat 100 orang, clear ke? Cerita dekat sini dalam bisnes kena kumpul database, baru boleh buat funnel selling or jual 100 produk dekat 1 orang. Kenapa kena buat 3,000 artikel, 3,000 video, 3,000 poster/tutorial? Ini supaya you punya bisnes akan boleh tersebar luas dekat blog, youtube & instagram. Supaya message tu boleh sampai dekat orang2 yang ada masalah tu. So kerja you ambil sekeping kertas tulis produk ni selesaikan masalah apa? Lepas tu sekeping kertas lagi tulis siapa yang ada masalah ni? Sekeping kertas lagi tulis macam mana nak buat supaya message itu sampai dekat orang yang ada masalah tu.

(1) Kertas 1 => Produk Selesaikan Masalah Apa
(2) Kertas 2 => Profile Avatar
(3) Kertas 3 => Marketing

Cara marketing ada cara hari-hari you kejar rama-rama, masuk hutan, bawa jaring, dengan duri, panas, penat, kejar rama2 tu. Satu lagi cara you bina taman yang cantik, invest your time 3-5-7 tahun untuk bina taman rama2, buat kolam, rumah, cara organik ni lambat sikit, bila sudah siap rama2 datang siap panggil kawan2 dia, siap beranak dan stay dekat taman tu forever. Macam mana cara bina taman? Kena develop aset blog, aset database, aset knowledge. Aset adalah something yang you kena INVEST bertahun2. Orang kaya jadi kaya cerita mereka develop aset & network, ini adalah something yang mereka invest masa, tenaga, wang selama bertahun2. You ada invest dekat something sejak 10-15 tahun lepas? Tu sebab masalah kewangan tu tak selesai, sebab you invest dekat tempat yang tak tepat. You kena invest daripada small, kemudian kembangkan bertahun2, baru akan dapat keluar daripada masalah kewangan tu. Bukan you yang bawa diri you keluar dari masalah kewangan tu, yang bawa keluar adalah aset-aset yang you telah invest sejak bertahun2 lepas lagi. Untuk ada banyak duit juga sama, bukan you yang siang malam cari duit, yang bawa duit masuk adalah aset2 you, baru konsep tu betul. Untuk jadi kaya kena kaji dahulu macam mana cara orang kaya jadi kaya, bukan dengan cara buat bisnes mati2 untuk jadi kaya. Faham ke? Ramai orang buat benda yang salah konsep for so many years, dengan persepsi ‘someday’ bisnes akan menjadi, kaya akan muncul, its mistake.

  1. MOTIVASI DOWN 2-3 BULAN

Cerita 2-3 bulan ni bukan cerita 2-3 bulan, ini cerita apa yang you buat 10-15 tahun lepas, basically you masih lagi fikir & buat benda yang sama. Fikir bila banyak duit akan jadi kaya, buat tu pula selepas fikir kerja you hari-hari kejar duit. This type of system sama sekali tidak akan jadikan you kaya-raya. The only way untuk jadi kaya adalah WANG tu yang bekerja untuk you 24 jam. Bila duit telah mula bekerja untuk you 24/7/365 baru kekayaan tu akan muncul. What is duit? Duit adalah blog, database, knowledge, gold, inner peace, outsource & network & lain2 aset. This is the real money, you kena develop ‘duit2’ ini bertahun-tahun, baru kertas yang ada tulis nombor2 tu akan datang dekat you. Buku The Riches Man In Babylon tu nipis sahaja, cerita tentang Arkad bagaimana dia membina kekayaan. Konsep adalah dia bina paip wang / aset. Konsep kena clear dahulu, kalau tak apply konsep yang sama, bulan 1, 2, 3, 4, 5, 6, sampai bulan 12 you akan apply konsep yang salah. 1 tahun habis, belum masuk dari tahun bila buat bisnes, belum masuk sampai bila you akan mula apply konsep yang betul. Aset ni you kena start today, bukan tunggu sudah ada banyak duit baru nak buat aset. You kena tukar keseluruhan sistem tu, baru reality akan berubah. Kalau still apply system sama kena buat jualan, cari duit hari2, reality itu tidak akan berubah sampai bila2. So apa you perlu buat? Cara dia apply 4+7. Semua dah termasuk dalam segala bagai konsep2 menjadi kaya tu. Kerja you setiap hari Deliver value, bukan buat promosi, marketing, selling, cari banyak duit, you buat benda yang terbalik tu, barang2 ni (marketing, promosi, selling) ni semua sebenarnya MENOLAK duit. Deliver Value akan menarik duit, so kerja you adalah setiap hari kena deliver value. Faham ke? Nop.. you tidak akan boleh faham dengan pemikiran logik, ayat dia macam ni, “untuk buat jualan yang banyak, you kena berhenti buat jualan”. Mindset menjual, selling, nak buat duit, promosi, marketing ni semua adalah mindset MENOLAK duit. Setiap hari you do something yang menjauhkan duit, tu sebab penat, stress, life tak best, blow, tak growing. You kena stop buat macam tu, kena start buat benda baru, kena start deliver value, how? (Baca komen pertama). Sebelum boleh deliver value, kena pastikan diri you ada value tu dahulu, how? Cara dia membaca, senaman, meditasi. 🤩

  1. LIFE RASA STUCK

Life jadi stuck sebab you buat benda yang terbalik, yang menolak, yang menjauhkan dengan kekayaan tu. Jual produk, selling, promosi, copywriting, cari like ke, or anything yang kebanyakan orang bisnes buat. Itu bukan cara dia, cara dia you kena deliver value day by day, siang malam pagi petang. Buat artikel, buat video (rekod or live), buat poster wisdom. Ini adalah 3 cara (artikel, video, poster) untuk deliver value. Lebih banyak buat bermakna lebih banyak you MENARIK duit. Sebab tu setiap awal bulan kita tanya, berapa banyak artikel? berapa banyak poster/tutorial? berapa banyak video dah buat?

  1. JADI TAK BEST DAH HIDUP

Hidup jadi best bukan dengan duit, bisnes, kaya, berjaya, whatever. Hidup akan jadi best dengan HABIT. Untuk ada hidup yang best kena ada habit yang best, contoh dia membaca, senaman, meditasi, deliver value. Dengan duit, bisnes, kaya, berjaya tu tidak akan mendatangkan best tu, walau nampak macam logik duit, bisnes, kaya, berjaya akan menjadikan hidup best, actually it didnt work that way, yang akan mendatangkan best tu adalah HABIT. So pilih nak hidup best or nak banyak duit? Ini adalah 2 perkara yang berbeza, you tak boleh associate-kan duit dengan hidup yang best, ramai orang ada banyak duit hari2 pening dengan masalah duit, gaji pekerja, bisnes, ekonomi, covid, whatever.. I ada peminat tokey besar cerita macam ni. Dia tanya i macam mana nak betulkan bisnes, I reply bisnes tu sudah ok tak perlu nak betulkan, yang perlu dibetulkan adalah HABIT, dalam sains HABIT akan tukar REALITY. Habit you selama ni generate frekuensi negatif pada diri, bila frekuensi negatif, you akan create reality negatif, tu sebab 101 masalah muncul walau duit banyak. Problem sekarang bukan duit, problem sekarang adalah frekuensi diri you As Below / negatif, frekuensi negatif akan create reality negatif. Sebab tu ramai orang walau ada banyak duit life dia still tak best, bukan duit tu faktor hidup best atau tak, faktor dia adalah frekuensi. Susah payah peminat jadi penulis explain, “Saya tukar habit, saya bina aset, lepas tu saya dapat banyak magik”. Rahsia 7 & Magik 7 cerita yang sama, tu semua cerita apply new habit, new normal tak best, kehkehkeh.. new habit you akan create magik everyday.. yang ni best. Dapat banyak magik mesti la hidup jadi best kan…

  1. SEBELUM TERLAMBAT

Reality hidup best & kaya ni semua boleh create today, tak perlu tunggu esok, minggu depan, bulan depan, lepas habis covid, lepas ekonomi dah ok balik ke whatever, you boleh create today, just disebabkan baru start 1 hari, tak la banyak magik tu, peminat i dah bertahun apply, banyak la dia punya magik, so apa you perlu buat, ambil sekeping kertas, plan very sistematik apa HABIT & ASET nak bina for next 30-50-70 tahun.

4 Priority / Habit

  1. Senaman
  2. Membaca
  3. Meditasi
  4. Deliver value

7 Aset

Aset 1: Blog
Aset 2: Database
Aset 3: Knowledge
Aset 4: Meditasi
Aset 5: Gold
Aset 6: Outsource
Aset 7: Network

Habit adalah something yang you apply setiap hari, like makan, tidur, mandi, berus gigi, ni more to maintenance diri, kena ada habit yang apply setiap hari untuk GROWING, i selalu list 4 habit dekat atas tu, you boleh adjust ikut kesesuaian sendiri, selepas sudah list kena apply everyday, if not, reality hidup best yang banyak magik tu tidak akan muncul. Lepas tu untuk ada banyak duit kena bina paip wang / aset, selepas 3-5-7 tahun aset2 itu yang akan bawa masuk duit 24 jam 365 hari tanpa cuti. You kena bina start today, start small, dan kembangkan secara organik, baru nama dia aset, aset xda shortcut, mesti dibina secara organik. Tujuan organik dia akan bawa kepada snowball effect. Ikut jalan shortcut snowball itu tidak akan berlaku.

Advertisement

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: