Design a site like this with WordPress.com
Get started

Kisah Nabi Musa Yang Jarang Kita Dengar : Part 1

Tahukah anda. Bani Israel pernah melalui zaman kegemilangan di bawah pemerintahan kerajaan Mesir.

Kita sering dengar riwayat menceritakan tentang kisah bani Israel yang sering ditindas dan dijadikan hamba ketika pemerintahan kerajaan Mesir. Sebelum kita cerita lebih lanjut, jom telusuri sejarah asal usul bani Israel.

Siapakah “Israel”?

Sebenarnya Israel merujuk kepada Nabi Ya’kub a.s. Baginda digelar Israel yang bermaksud “Hamba Allah yang taat”. Dalam bahasa Hebrew “Isra” bermaksud hamba atau tentera. “El” merujuk kepada Allah. Ada juga pendapat mengatakan Israel membawa maksud “yang suka berjalan di waktu malam”.

Maka bani Israel merujuk kepada anak keturunan Nabi Ya’kub a.s. Meskipun Al-Quran banyak kali menceritakan tentang kedegilan dan kejahatan bani Israel, ini tidak sama sekali mencacatkan kemuliaan Nabi Ya’kub a.s. Sepertimana perbuatan Qabil membunuh saudaranya Habil, tidak menjejaskan kemuliaan Nabi Adam a.s.

Lalu Yahudi tu pula siapa? Ada pendapat mengatakan Yahudi bermaksud keturunan Yahudza, iaitu salah seorang anak Nabi Ya’kub a.s. Namun jika diteliti, Al-Quran sering meletakkan perkataan Yahudi seiring dengan Nasrani. Dan kita tahu ramai je orang Yahudi yang sebenarnya tak nampak macam keturunan Nabi Ya’kub a.s. pun. Maka pengertian Yahudi secara amnya bermaksud orang yang menganut agama Yahudi. Maka secara mudahnya, Israel adalah bangsa. Yahudi adalah agama. Ibrani adalah bahasa Nabi Ibrahim.

Ok kembali. Di manakah tempat asal bani Israel ini? Nabi Ya’kub a.s. dilahirkan di Kan’an. Iaitu nama lama bagi Palestin. Baginda dicemburui oleh abang kembarnya maka bapanya Nabi Ishaq mencadangkan untuk Baginda berhijrah ke Iraq, di mana saudara2 ibunya berada.

Di Iraq, setelah beberapa lama menetap di sana, pakciknya mengahwinkan Baginda dengan anak perempuannya Laiya dan selang beberapa tahun kemudian dikahwinkan pula dengan Rahil, adik Laiya. Kemudian Nabi Ya’kub a.s. mengahwini hamba sahaya Laiya dan Rahil, iaitu Zulfah dan Balhah. Secara keseluruhannya, Nabi Ya’kub a.s. mempunyai 4 orang isteri dan daripada Baginda lah lahir 12 keturunan bani Israel.

Setelah keluarga Baginda semakin besar, Nabi Ya’kub a.s. memohon kepada bapa mertuanya untuk kembali ke Kan’an. Dalam perjalanan, Rahil meninggal dunia ketika melahirkan Bunyamin. Di Palestin itulah berlaku kisah Nabi Yusuf a.s. dicemburui, dibuang ke telaga, dijual kepada pedagang dan dipalsukan kematiannya.

Berhari-hari Nabi Ya’kub a.s. menangis sehingga hilang penglihatan, bukan kerana meratapi kematian Nabi Yusuf a.s. Sebenarnya Allah telah memberitahu akan hal sebenar dan Baginda menangis mengenangkan perangai anak2nya tergamak memperlakukan adik mereka begitu dan hidup dalam penipuan.

Fast forward, Nabi Yusuf a.s. akhirnya menjadi orang kuat di Mesir. Ketika itu dunia dilanda kemarau dan abang2nya merantau dari Palestin hingga ke Mesir m. Mereka tidak mengenali Nabi Yusuf a.s. yang telah dewasa namun Nabi Yusuf a.s. sangat mengenali mereka. Turut serta dalam rombongan mereka adalah Bunyamin adik seibu sebapanya dan Baginda sangat merindui adiknya itu.

Maka Baginda membuat helah memasukkan barang berharga dalam beg Bunyamin. Ketika rombongan hendak berangkat pulang, mereka ditahan dan diperiksa. Ternyata Bunyamin dalam begnya ada barang berharga. Dia ditangkap dan ditahan di Mesir. Abang2nya merasa gelisah dan cuba merayu beberapa kali.

Sebenarnya Nabi Ya’kub a.s. tak bagi pun Bunyamin ikut, risau menerima nasib seperti Nabi Yusuf a.s. Namun setelah dipujuk2, akhirnya diizinkan juga. Jadi apabila tak dapat bawa balik Bunyamin, mereka risau bapa mereka akan memarahi mereka lagi. Namun apakan daya, Nabi Yusuf a.s. bertegas untuk menahan Bunyamin dan meminta mereka membawa Nabi Ya’kub a.s. ke Mesir.

Fast forward lagi. Lepas anak2 Nabi Ya’kub a.s. berbaik2 semula, Nabi Yusuf a.s. meminta bapanya tinggal di Mesir. Maka bani Israel mula berpindah dari Palestin ke Mesir. Ketika itu Mesir merupakan kota besar yang makmur dan menjadi tumpuan pedagang.

Fuh, panjang cerita. Ni baru intro. Kisah Nabi Musa a.s. pun tak masuk lagi. Haha.

Ok. Balik kepada Mesir. Siapakah pemerintah Mesir pada zaman Nabi Yusuf a.s.? Adakah Firaun? Siapakah Firaun?

Firaun ni adalah gelaran untuk pemerintah Mesir. Macam gelaran Kisra untuk pemerintah Parsi, Kaisar untuk Rom, dan An-Najashi untuk Habsyah. Alaa.. macam YDPA untuk Malaysialah. Gelaran YDPA, yang pegangnya ada masa Sultan itu, ada masa Sultan ini.

Mesir ni dimulai dengan Dinasti Mesir purba oleh Firaun, berbangsa Qibti, yang merupakan penduduk asal Mesir. Kemudian perang saudara sering berlaku dan mereka dijatuhkan oleh suku Hyksos dan tertubuhlah Dinasti Hyksos di Mesir. Sebutan Hyksos adalah bahasa Mesir yang berasal daripada perkataan “Hikau Khasut” yang bermaksud “penguasa dari negara asing”. Hyksos juga turut diterjemah sebagai “Raja-raja Para Penggembala”.

Kerana itu, apabila Al-Quran menceritakan kisah Nabi Yusuf a.s., Allah menyebut “al-Malik” yang bermaksud “Raja”. Kisah Nabi Musa a.s. pula Allah menyebut “Firaun”. Sedangkan kedua2nya berlaku di tempat yang sama, iaitu bumi Mesir.

Di zaman pemerintahan Dinasti Hyksos inilah, Nabi Yusuf a.s. memerintah dengan bijak dan saksamanya. Mesir menjadi tumpuan dan begitu maju. Dinasti Hyksos sangat berteima kasih dengan Nabi Yusuf a.s. maka bani Israel dilayan dengan baik dan menikmati status yang istimewa ketika itu. Apatah lagi bani Israel dan suku Hyksos datang dari jalur keturunan yang sama iaitu Sam bin Nuh.

Setelah kewafatan Nabi Yusuf a.s., ramai bani Israel yang menjadi perajurit dinasti Hyksos dan berjuang bersama2. Semakin lama pemerintah Hyksos menjadi semakin kejam dan menindas penduduk asli Mesir. Bani Israel pun join sekaki dengan kekejaman Hyksos dan semakin jauh daripada ajaran agama.

Apabila pemerintah menjadi kejam, perpecahan mula berlaku dan seorang putera bangsa Qibti dari Kerajaan Thebes bernama Putera Ahmose menyambung siri penberontakan a dan berjaya mengalahkan Dinasti Hyksos lalu bermulalah era baru Dinasti Firaun di Mesir.

Panjang dah ni.. bersambunglah ya… 😁

Next Part 2 : Kelahiran Nabi Musa.

Tungguuu…

Advertisement

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: