Design a site like this with WordPress.com
Get started

Tahukah Anda : Kenapa Orang Melayu Sebut Puasa, Bukan Saum

Tahukah anda.
Perkataan PUASA sebenarnya berasal daripada UPAVASA daripada bahasa Sanskrit.

Bahasa Sanskrit merupakan bahasa rasmi untuk agama Buddha dan Hindu. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, masyarakat di sini merupakan penganut Buddha pada asalnya. Kemudian agama Hindu mula bertapak sejak abad ke lima hingga tertubuhnya kerajaan Sailendra, Mataram, Kediri dan akhirnya Majapahit.

Setelah Islam bertapak di Nusantara, bahasa Melayu mengasimilasikan penggunaan bahasa Arab dalam kebanyakan ibadah. Solat, zakat, haji, sedekah, infaq, dan lain2. Namun puasa dalam bahasa Arab dipanggil saum. Jarang kita dengar orang Melayu panggil saum kan?

Ini kerana ibadah saum ini agak similar dengan “upavasa” dalam bahasa Sanskrit. Bagi memudahkan pemahaman masyarakat ketika itu, perkataan ini dikekalkan dan akhirnya berevolusi menjadi PUASA seperti yang kita kenal hari ini.

Macam perkataan SEMBAHYANG. Dulu wakru kecil, saya ingat lagi orang2 sekeliling kerap menggunakan perkataan sembahyang. Bila ditanya, orang tua2 kata Sembah Yang Esa. Namun agak musykil kerana Esa tu sangat jarang disebut. Perkataan tu macam tergantung. Rupa-rupanya perkataan YANG itu sendiri merujuk kepada Tuhan pada ketika itu! 

Maka jika anda telah pun membiasakan diri menyebut SOLAT, tahniah, teruskanlah. Jika anda adakala tersasul menyebut sembahyang, cubalah untuk menukarkannya kepada istilah yang lebih tepat, yakni SOLAT.

P/S : Memandangkan ramai yang tak dapat menikmati buffet Ramadhan tahun ni, jom sama2 meleleh tengok gambar ya! 😂

#faktapuasa
#betulkanyangbiasa
#biasakanyangbetul

Credit gambar : Google
Advertisement

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: