Design a site like this with WordPress.com
Get started

Journal MM Day 12

Salah satu jurus yang diajar dalam Rahasia Magnet Rezeki ialah Cicak dan Jerapah (Zirafah).

Contoh cicak, rezekinya terbang. Sedangkan dia tidak bersayap. Dia kena duduk dan tunggu serangga datang baru dia dapat tangkap. Bila tiba masanya, Allah sendiri yang datangkan serangga lalu dia dapat tangkap, itulah rezekinya untuk hari itu.

Cicak tak risau pun nak cari rezeki. Adakala dia cuba tangkap serangga, tak dapat, malah jatuh gedebuk ke lantai. Bukan rendah tu. Dari siling jatuh ke lantai. Untuk tubuh sekecilnya.. mesti sakitlah jatuh dari tempat tinggi. Tapi dia tak give up. Dia cuba lagi berusaha untuk menangkap serangga tu semula.

Setiap anak zirafah yang baru lahir, tiap kali dia nak berdiri je mak dia akan tendang kaki dia. Tersungkur jatuh. Dia cuba lagi bangun. Mak dia tendang lagi kaki dia. Bangun lagi, kena tendang lagi. Begitulah berulang kali.

Kita nampak macam kejamnya mak zirafah ni. Sebenarnya, latihan tu perlu untuk menguatkan kaki zirafah. Allah dah bekalkan natural instinct untuk mak dia tahu yang anak dia perlu ditendang kakinya untuk menguatkan kaki.

Cuba kalau anak zirafah tu merajuk, marahkan mak dia. Kaki tak cukup kuat tapi dia dah tinggalkan mak dia. Tiba-tiba jumpa pemangsa, nak lari tak cukup kuat. Easily outrun by predator.

Macam tu juga kita. Kalau kita jatuh, tak kiralah atas asbab apa. Putus cinta ke. Bisnes lingkup ke. Difitnah orang ke. Yang menjatuhkan kita adalah Allah. Kita tahu yang Allah sayangggg sangat kat kita. Bila kita dijatuhkan, kerana Allah sayang. Nak kita bangkit semula. Nak kita lebih tough. Nak kita bangun malam, berdoa sungguh2 padaNya.

Jadi bila ada perkara tak baik berlaku pada kita, katakan Wow Kerennnn! Maintain positif. Maintain husnuzon dengan Allah. Pasti Allah akan bagi ganjaran yang besar.

Advertisement

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: