Design a site like this with WordPress.com
Get started

Journal Happy – Hari 5

Dari pagi dok menimbang-nimbang. Sapa yang aku nak happykan harini. Keluar hanya untuk hantar the boys ke sekolah. Whatsapp pun check gitu-gitu je.

Sampai sekolah mereka, ada one boy ni kawan mereka. Fizi nama dia. Pun 3 beradik boys. Dia yang tengah. Peramah sungguh. Setiap kali nampak aku, mulut becok. Suka salam, tolong angkat barang lah. Kebetulan ada duit kecil dalam kereta, aku terus hulur kat dia suruh kongsi tiga beradik. Happy dia berlalu pergi.

Then singgah kedai makan bungkus dinner. Tiga2 turun. Aku tunggu dalam kereta. Dah setel, tiga2 masuk balik kereta sambil mengunyah keropok. Rupanya tuan kedai tu bagi free keropok ikan tu untuk mereka.

MasyaAllah tabarakallah… hukum Allah memang magic. Kita bahagiakan anak orang. Tiba-tiba orang bahagiakan anak kita. Alhamdulillah❤

Have you made someone happy today? 😃

#makesomeonehappychallenge

Advertisement

Published by Editor

Storyteller

%d bloggers like this: