Journal MM Day 11

Blessings datang bertimpa-timpa. Serendipity. Semalam launching playzone. Persiapan last minit. Sempat tambah deco. Sempat ambil bunting. Sempat siap arch. Sempat beli barang. Caterer walaupun lambat sikit sampai, sempat prepare everything. Alhamdulillah❤

Mula-mula nak suruh clown baca doa. Tiba-tiba Dato’ Seri kata dia bertembung dengan sahabat lama dia, memang seorang guru Al-Quran yang hebat! Kebetulan dia tumpang duduk depan kedai, nampak Dato’ Seri, terus bersembang. Memang lama tak berjumpa sejak 2007, tiba-tiba ditemukan ngam-ngam time nak launching. Terus jadi bidan terjun baca doa. MasyaAllah tabarakallah.. nikmatnya bila launching kedai didoakan oleh Ustaz yang sebenar. Alhamdulillah❤

Head of PNS franchise department pun datang. Katanya kebetulan ada kenduri dekat-dekat situ. Jadi singgah sekali. Bawa anak 4 orang. Cantik putih wifenya. Alhamdulillah❤

Time Dato’ Seri nak balik tiba-tiba bertembung pula dengan someone janggut panjang, berjubah, kurus2. Mula-mula tengok aku rasa macam pernah nampak Ustaz ni. Depa sembang lama betul, macam taknak berhenti. Haha. Time Dato’ Seri nak balik, dia introduce to me inilah Ustaz IMP. Otai industri halal. MasyaAllah tabarakallah. Patut macam kenal. Last we met masa aku follow parents aku melawat kilang Ustaz kat Kuala Kangsar tahun 2008. Rupanya Ustaz pun dah lama juga tak jumpa Dato’ Seri.

Pastu aku pulak sambung sembang dengan Ustaz. Dia buat gaharu pula sekarang. Ingat-ingat lupa dia pasal mak ayah aku. Dia bagi satu sample kat aku. Banyak ilmu ustaz ni. Macam-macam dia cerita. Tiba last-last tu dia bagitau kalau nak fund, dia boleh tolong. Tapi kena form koperasi dulu. Wah bagus ni.. Alhamdulillah❤

Sebenarnya clown yang aku panggil tu malamnya tu kena pergi airport dah nak berangkat ke Mekah, buat umrah dengan wife nya. Magically dia setuju untuk perform juga.. dan lagi best, dia bagi pinjam speaker dia. MasyaAllah tabarakallah.. Alhamdulillah❤. Semoga mereka berdua dikurniakan umrah yang mabrur.

Walaupun hubby and the boys kena balik kampung, melawat saudara kat hospital lagi, they arrived nicely within the time frame. Sempat menikmati juadah yang disediakan. I did something yang unthinkable. Buat fb live. Haha.. #cabardiri. Dapatlah hubby tengok video launching tu balik. Alhamdulillah❤

Yang paling best sekali, makanan, minuman, complete disediakan oleh #Shugarchef. I am deeply grateful to meet the nice couple. Sangat2 baik. Sangat2 sedap. Semoga Allah limpahkan keberkatan dan kejayaan dunia akhirat untuk mereka. Alhamdulillah❤

Head of marketing kedai jiran came to see me. Ajak collaborate. Buat marketing sama2. Buat event sama2. Share target market. Alhamdulillah❤

Happy sangat.. 😍

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: