Journal MM Day 3

Morning pages adalah salah satu cara untuk release negativity dalam diri. Haritu aku dah start tulis morning pages dalam blog ni. Dah 3 hari buat, tengok-tengok IH ada buat posting tentang MP. Oh ok juga cara yang dicadangkan.

So aku delete semua MP yang dah tulis dalam blog ni. Aku mulakan balik semalam as day 1. IH kata buat senarai “Saya tak suka..”. Aku buat senarai “I hate it..” Haha.. banyak betul things I hate. Penuh 4 muka surat. Tempat2 kosong pun habis aku conteng. Aku lupa nak kira. Plus minus maybe dalam 96 things.

Lepas dah tulis, masa paling best : Koyak!! 😂 aku imagine aku koyak kan all these negative thoughts in my head. I shredded it to pieces. Best betul. Patutlah MP ni kena tulis, tak boleh taip. Tak jadi.

Harini pula dari pagi tadi rasa happy. Rasa content. Buat MP, ada 65 things i hate. Walaupun 65 tapi lebih detail dari semalam. Tak selaju semalam bila nak tulis. Adakala kena pause dulu cari. Pastu koyak koyak koyak koyak macam koyak negatif thinking, hasutan negatif, koyak koyak bisikan setan dengan setan2 tu sekali. Haha..

Semalam tergoda beli mcD. Makan tapi tak best. Dalam hati asyik kutuk-kutuk diri sendiri. This is not healthy. Unhealthy food will lower our body frequency. So pagi ni singgah family mart makan salad. Pergh.. heaven. Aku tak pernah imagine akan rasa heaven makan salad. Haha!

Ada something yang dalam ebook IAMM tu yang aku buat, tak ingat apa. Malam tu mimpi beg aku hilang. Aku sedih giler. Bila dah jumpa, aku peluk kuat2 dan menangis teruk. Bangun pagi, i realised that my biggest fear is losing money.

IH kata sebab aku letak value tu pada duit. Bukan pada diri aku. Bila aku letak value pada diri aku, aku tak risau duit hilang. Sebab aku lah ibu duit tu. Money comes effortlessly and abundantly to me kan. Bila letak value pada diri, tak kisah pun duit hilang. Tak kisah pun keluarkan duit. Tak kisah pun bayar sana sini. Sebab aku mesin duit tu.

Duit keluar RM10, aku boleh panggil RM100 lagi datang.

Duit keluar RM100, aku boleh panggil RM1,000 lagi datang.

Duit keluar RM1,000, aku boleh panggil RM10,000 lagi datang.

Duit keluar RM10,000, aku boleh panggil RM100,000 lagi datang.

Duit keluar RM100,000, aku boleh panggil RM1,000,000 lagi datang.

Mustahil? Takde yang mustahil.

Allah ada. Minta je. Allah nak bagi RM10 atau RM1,000,000 sama mudah bagi Allah.

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: