Salah satu teknik money magnet adalah dengan buat EFT tapping. Aku start kenal EFT tapping bila baca ebook Inche Hujan – I Am Money Magnet.
EFT – Emotional Freedom Technique ni adalah rawatan alternatif untuk meredakan sakit fizikal dan tekanan emosi. Dia ala-ala akupunktur, tapi dipanggil tapping / psychological acupressure.
Harini ahad kan. Aku start buat hari jumaat. Dua hari lepas. Jumaat malam ada order masuk kat shoppee. Semalam, ada satu family 3 anak datang playzone dan macam-macam depa beli. Petang tu staff bagitau rupanya ada satu lagi order kat shoppee yang masuk sama timing tapi aku tak perasan. Since dah lambat tahu, isnin jelah pos.
Semalam petang aku tengok video lain pulak tentang tapping ni. Seronok sebenarnya buat tapping ni rasa emotional release. Rasa happy bagitau diri sendiri money going to come abundantly.