Kenapa perlu buat journaling

+ sebab nak declutter otak kita. Kita seringkali fikir terlalu banyak benda pada satu masa kita rasa otak kita crowded. Bila crowded, kita susah nak tenang. Bila tak tenang, efek pada wave kita, rezeki susah nak masuk.

+ sebab nak bagi mudah fokus. Bila kita tulis, kita put things in perspective. Kita nampak apa yang kita perlu buat, apa solusi yang ada, impak bagaimana yang kita mahukan. Kita nampak sejauh mana apa yang kita fikir tu penting atau kurang penting atau tidak penting.

+ sebab nak pupuk disiplin. Bila kita dapat menulis jurnal setiap hari, satu habit baru terbentuk. Ia satu kejayaan kecil yang jika dapat dilakukan secara konsisten akan menghasilkan template2 kejayaan yang lebih besar.

+ sebab kita tak boleh nak ingat semua benda. Menulis akan menandakan memori tersebut di dalam lautan subconscious mind kita. Bila2 kita nak ingat balik apa yang berlaku pada tarikh sekian2, kita buka balik jurnal dan boleh recall semula.

+ sebab tak setiap masa kita boleh positif. Bila2 kita down, jurnal tu lah yang akan mengingatkan kita bahawa kita pernah survive sesuatu yang sukar dulu. Maka pasti kita boleh survive sesuatu yang sukar sekarang.

+ sebab orang2 yang diingati walau dah meninggal beratus2 tahun pun adalah kerana mereka menulis kisah yang berlaku dalam hidup mereka. Successful people always have a journal.

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: