Design a site like this with WordPress.com
Get started

Salam perkenalan.

“Ulama adalah pewaris Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW tidak pula mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu.”

Beberapa tahun lalu, saya gemar menghadiri ceramah, kelas dan acara yang pelbagai berkaitan dengan perniagaan. Sehingga ada kawan yang menegur saya hanya membuang masa mempelajari sesuatu ilmu yang saya tak gunakan pun. Agak sentap juga, namun mungkin ada benarnya. Ilmu itu sifatnya makin dipelajari, makin kita tak tahu. Sudahlah masa saya pun agak terhad. Jadi daripada saya mempelajari sesuatu ilmu yang terlalu luas, lebih baik fokus kepada apa yang saya minat agar boleh mengkaji dengan lebih mendalam.

Jack of all trades, master of none. Or Jill ;). Saya suka menganggap diri saya seperti ini. Menjadi seorang “Jack” ada pro dan kontra nya. Dari sudut positif, Jack mudah beradaptasi dengan perubahan di sekelilingnya. Jack juga mudah untuk mempelajari benda baru kerana sukakan cabaran dan dahagakan ilmu pengetahuan. Oleh kerana pengetahuan Jack dalam banyak perkara, Jack lebih sesuai untuk menyandang tugasan sebagai ketua. Sepertimana Steve Jobs bukanlah programmer terbaik di dalam Apple, atau seorang pemilik klinik tak semestinya seorang doktor.

Dari sisi kontranya pula, menjadi seorang Jack membuatkan orang beranggapan dia bukanlah pakar dalam bidangnya. Maka mungkin menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan. But hey, fret not! Jadilah usahawan, kan?! 😉 Masalah lain pula, Jack mudah lari fokus yang boleh membawa kepada tekanan dan akhirnya burnout. Oleh itu para Jack sekalian, carilah jalan untuk hidup bahagia.

Blog ini akan menjadi wadah untuk saya kongsikan jalan mencari bahagia. Semua orang nak bahagia kan. Bahagia itu bukan satu matlamat. Ia adalah sebuah perjalanan. Tak akan habis perjuangan mencari bahagia selagi mana nafas masih di dada. Semoga yang membaca beroleh manfaat dari sedikit pengetahuan yang Allah pinjamkan pada saya. Jika ada kesilapan di mana-mana, ampun maaf saya dahulukan. Let’s have a blessed journey of life.

Advertisement

Published by Editor

Storyteller

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: